Hanya beberapa sahaja tapak bersejarah di dunia ini yang memaparkan tentang evolusi haiwan seperti yang ditemui di kawasan yang diberi nama Wadi al-Hitan atau  "Lembah Paus" yang terletak Mesir.

Di sana, di tengah-tengah landskap pasir dan batu yang diukir angin, terdapat koleksi besar sisa haiwan yang paling tidak dijangka - fosil ikan paus. Percayakah anda jika kami katakan ikan besar seperti ikan paus satu ketika dahulu merupakan haiwan yang hidup d daratan?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Persoalan inilah yang memeningkan para saintis setelah penemuan fosil ikan paus yang mendiami kawasan ini satu ketika dahulu.

Penemuan spesis archaeoceti

evolusi ikan paus

Fosil tulang yang bertaburan yang ditemui di kawasan lembah ini dipercayai datang dari spesis paus yang tergolong dalam suborder paus yang telah lama pupus dikenali sebagai archaeoceti.

Apa yang membezakan makhluk purba ini daripada cetacean zaman moden biasa anda ialah satu perbezaan anatomi yang ganjil, namun amat penting — kaki belakang. Perbezaan kritikal dalam rekod fosil paus ini adalah asas kepada tanggapan bahawa haiwan laut besar yang kita kenali hari ini memulakan kewujudannya sebagai haiwan darat.

Tetapi sejak penemuan mereka pada tahun 1902, fosi-fosil di Wadi al-Hitan cenderung untuk menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan.

Walaupun beratus-ratus rangka archaeoete yang ditemui memberikan gambaran penting mengenai evolusi ikan paus pada peringkat akhir kehilangan anggota belakang mereka dan beralih kepada kewujudan marin, ahli biologi evolusi masih tertanya-tanya tentang identiti nenek moyang terawal ikan paus.

Perkaitan ikan paus dengan haiwan lain 

fosil ikan paus 939

Persamaan dalam bentuk gigi membawa kepada kepercayaan yang telah lama dipegang bahawa ikan paus mempunyai kaitan dengan mesonychids, mamalia berkuku karnivor yang hampir menyerupai serigala.

Sehingga tahun 2005, pasukan saintis Amerika dan Perancis akhirnya menemui perkaitan atau talian yang hilang antara paus dan saudara terdekat mereka, badak air. Penemuan ini, disokong oleh satu lagi koleksi fosil cetacea yang terletak di Pakistan, meletakkan ikan paus dalam kumpulan taksonomi artiodactyl yang berbeza, yang termasuk saudara-mara yang tidak dijangka seperti unta, babi dan zirafah.

Fosil ikan paus yang ditemui di lembah ini cukup pelbagai dari tulang tunggal hingga keseluruhan rangka. Dua ikan paus biasa ialah Basilosaurus besar dan Dorudon yang lebih kecil (3 hingga 5 meter). 

Paus yang ditemui disini mempunyai anggota belakang yang kecil yang tidak kelihatan pada ikan paus moden dan tengkorak yang kuat dengan gigi yang serupa dengan mamalia darat karnivor. Selain fosil paus purba, terdapat fosil haiwan darat lain seperti spesis gajah primitif "Moeritherium", buaya, penyu laut, dan tulang ular laut juga telah direkodkan.

Pengiktirafan sebagai tapak UNESCO

tapak warisan dunia 796

Walaupun fosil di Wadi al-Hitan pastinya bukan yang tertua di dunia, jumlahnya yang banyak dan pemeliharaan yang luar biasa (malah beberapa kandungan fosil perut masih dalam keadaan baik!) menjadikannya tidak ternilai kepada ahli paleontologi dan saintis evolusi.

Wadi Al-Hitan ialah tapak paling penting di dunia untuk menunjukkan salah satu perubahan ikonik yang membentuk rekod kehidupan di Bumi: evolusi ikan paus. Ia menggambarkan dengan jelas bentuk dan cara hidup mereka semasa peralihan daripada haiwan darat kepada kewujudan marin.

Atas sebab ini, "Lembah Paus" di Mesir ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2005.  Tapak Warisan Dunia ialah zon yang dilindungi dengan ketat, terletak dalam landskap yang lebih luas di Kawasan Terlindung Wadi El-Rayan yang menarik.

Ia merupakan tapak rujukan global yang luar biasa kerana bilangan, kualiti dan kebolehcapaian bukti paus terawal (selalunya dalam bentuk rangka lengkap) dan rekod persekitaran tempat mereka tinggal.

Justifikasi di sebalik penghormatan ini adalah lebih jelas apabila melihat kepada kepelbagaian fosil yang dilihat di Wadi al-Hitan. Selain daripada fosil archaeocete yang mengagumkan (yang terbesar berukuran 21 meter panjang), fosil haiwan awal lain seperti jerung, buaya dan penyu juga ditemui di tapak ini.

Kredit:

  1. Atlas Obscura
  2. UNESCO
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)