video dayang nurfaizah cover lagu wany hasrita menahan rindu 1 209

Kredit foto: Instagram Dayang Nurfaizah 

Asal nama penyanyi yang versatil, segala cabaran genre lagu pasti mampu disahut dengan baik. Itulah yang boleh kami gambarkan dengan perangkul trofi Anugerah Juara Lagu tahun ini, Dayang Nurfaizah.

Baru-baru ini Dayang tidak keberatan menyahut cabaran pihak media untuk menyampaikan lagu daripada penyanyi yang sedang meningkat naik, Wany Hasrita. Lagu yang dimaksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan, Menahan Rindu.

Sehingga kini video Dayang menyampaikan lagu tersebut yang dimuat naik ke laman Facebook Media Hiburan telah menerima lebih 70 ribu tontonan dan hampir 300 perkongsian.

Jika anda mendengar gaya nyanyian Dayang, anda pasti tidak percaya Dayang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menghafal tempo lagu tersebut.

video dayang nurfaizah cover lagu wany hasrita menahan rindu 2

Kredit foto: Instagram Dayang Nurfaizah

Dayang tak berapa hafal lagu tersebut. Tapi tak mengapa, bagi Dayang masa sikit untuk hafal ya.

Sumber: Media Hiburan

Di sini kami kongsikan video lagu yang dimaksudkan - versi Dayang Nurfaizah untuk lagu Menahan Rindu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)