Oleh pada 22 Mar 2017 kategori

Aku masih ingat lagi episod pertama siri BoBoiBoy. Entah macam mana, scene di landasan keretapi terpampang logo Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Bila pergi sekolah berprogram, ada pelajar tanya Boboiboy ada kaitan dengan ABJZ ke. Hehe.. Terima kasih Animonsta!

Kini siri Boboiboy sudah pergi jauh. Genap setahun penayangan Boboiboy The Movie di Malaysia, ia ditayangkan di Korea Selatan pula. Tarikh yang sama juga episod ke 7 Boboiboy Galaxy ditayangkan di TV3.

BESARKAN TEKS     A-  A+

boboiboy the movie

Hari ini, Boboiboy Galaxy Episod ke 7 trending nombor satu di Youtube. Sehari sahaja dimuat naik ke Youtube, 1 juta tontonan direkodkan. Lebih membanggakan, ia juga trending di Indonesia. Hebat tuan tuan. Kau pergilah Youtube, lihat komen komen dibawahnya, nescaya kau jumpa komen warga Indonesia, Filipina, Vietnam, Korea dan macam macam lagilah. Takdir tuan tuan.

Aku ingat lagi, kata kata Tuan Nizam selaku pengasas Boboiboy. Beliau sangat menjaga kualiti siri Boboiboy. Baik dari segi skripnya, jalan cerita, perkembangan watak, kualiti grafik, adegan pergaduhan, semuanya dijaga dengan sangat teliti.

Kau tahu, dahulu watak Boboiboy ada sebut perkataan Tak Guna bila berhadapan watak penjahat. Akhirnya ia jadi ikutan kanak kanak. Sedar akan kesilapan, watak Boboiboy tidak lagi menyebut perkataan ini.

permainan video boboiboy galaxy

Contoh yang kedua. Adegan lawan. Tidak dipaparkan langsung perlawanan yang bersifat fizikal. Tidak ada tumbuk wajah penjahat, sepak badan penjahat dan lain lain. Yang ada hanyalah serangan jarak jauh sahaja. Petir, tanah, angin, daun, makanan dan yang lain lain.

Ketiga, watak Ying dan Yaya. Wallahi, suka ya amat aku watak gadis muda ni. Sentiasa positif. Tambah tambah si Yaya yang terus dikekalkan bertudung dalam Boboiboy Galaxy.

tidak ada lagi adegan pukulan fizikal

Kenapa aku ulas tentang Boboiboy?

Sebab aku tak mahu animasi Upin Ipin semakin terkebelakang dari segi jalan cerita, perkembangan watak dan skrip. Sampai bila tunjuk Upin Ipin melawan cakap Kak Ros? Sampai bila mahu tunjuk Kak Ros yang berbahasa sarcasm kepada adik kembarnya? Sampai bila mahu kekalkan bahasa kesat dan kasar? Upin Ipin menipu Kak Ros dan Opah pun ada. Aduh!

upin ipin jeng jeng jeng

Sudahlah filem Jeng Jeng Jeng mengecewakan, aku khuatir kehambaran itu berjangkit dalam siri di TV pula. Moga animasi Malaysia terus maju jaya menembusi pasaran antarabangsa dalam membawakan mesej mesej yang berguna. Inshaallah

Penulisan asal ditulis oleh Akhi Fairuz Al Jengkawi disiarkan semula di Iluminasi.com dengan keizinan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)