Oleh pada 11 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Stacy

Penyanyi Stacy menafikan dakwaan sengaja memuat naik foto bersenam di gimnasium menerusi laman Instagram untuk menunjuk-nunjuk. 

“Saya akui, saya sering memuat naik foto-foto bersenam di gimnasium. Saya tiada niat menunjuk, tetapi saya mahu aktiviti itu menjadi satu ikutan ramai wanita di luar sana untuk membina stamina," katanya memetik laporan portal Astro Gempak

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Pelangi Senja ini, senaman yang dilakukan itu dapat membina stamina di samping menjaga berat badan.

stacy jawab isu dikatakan menunjuk di gim 2

Kredit foto: Instagram Stacy

“Selepas bersalin anak sulung, berat badan saya naik mendadak dan saya tak boleh menyanyi. Sesi senaman banyak membantu saya mengembalikan stamina dan mengurangkan berat badan,” dedahnya. 

Stacy yang bakatnya dicungkil menerusi program Akademi Fantasia 6 berkata, usaha tersebut nyata berbaloi apabila beliau berjaya mendapatkan kembali berat badan asalnya.

“Sebelum bersalin, berat badan asal saya 52 kilogram. Ketika hamil, berat badan saya mencecah lebih 70 kilogram," katanya.

Tambah Stacy, dia turut mengalami kesukaran ketika proses awal mencapai sasaran itu.

“Selepas melahirkan anak, berat badan saya susah untuk kembali kepada asal dan berlegar sekitar 60 kilogram. Alhamdulillah, bersenam di gimnasium memang banyak membantu saya kembali ke berat badan asal,” katanya lagi. 

Mengulas perkembangan terkini, penyanyi ini sedang sibuk mempromosikan lagu terbarunya berjudul Cakap Ke Tangan.

Single itu hasil ciptaan suaminya sendiri, Akim Ahmad bersama Laq.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)