Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Penyanyi Siti Nordiana yang baru sahaja merangkul anugerah Penyanyi MeleTOP di malam Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017) Ahad lalu melahirkan perasaan terkejut dengan kemenangannya itu.

Lebih di luar jangkaan apabila dua nama besar iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi yang merangkul anugerah yang sama pada tahun lalu, Ayda Jebat tewas di tangannya.

siti nordiana terkejut dapat tewaskan datuk siti nurhaliza 2

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Saya sendiri tak sangka dapat membawa pulang trofi ini dan menewaskan penyanyi lain yang sememangnya hebat. Bagi saya, semua yang tercalon dalam senarai Top 5 sudah menjadi juara. Namun begitu, rezeki berpihak kepada saya dan saya sangat bersyukur di atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua peminat yang tidak jemu menyokong kerjaya seni saya.

Sumber: Astro Gempak 

Meskipun sudah 17 tahun berkecimpung dalam industri seni, anugerah ini adalah trofi pertama buat dirinya. Namun dia mengakui terdapat beberapa faktor yang mendorong kemenangannya itu. 

siti nordiana terkejut dapat tewaskan datuk siti nurhaliza 3

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Saya akui, faktor kemenangan saya dalam GegarVaganza 2 dan lakonan saya dalam drama bersiri Dia Semanis Honey turut menjadi penyumbang kemenangan saya. Trofi ini akan saya jadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dengan lebih kuat lagi. Saya tidak akan menghampakan peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya.

Sumber: Astro Gempak  




Hakcipta iluminasi.com (2017)