Kredit foto: New Straits Times

Fattah Amin dan Fazura menepis dakwaan kononnya sudah bernikah seperti diperkatakan sesetengah pihak.

Fattah bagaimanapun mengakui mereka telahpun mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu.

"Keluarga saya menghantar rombongan merisik dan bertunang pada 13 November 2017.

"Alhamdulillah, perancangan majlis itu selamat dijalankan. Pengumuman memang ingin dilakukan selepas kami pulang dari Umrah. Majlis tersebut dijalankan secara tertutup atas permintaan keluarga.

"Semasa kami sedang beribadah di Tanah Suci Mekah, pelbagai spekulasi yang keluar. Semuanya bukan dari mulut kami.

"Ingin saya tegaskan, kami tidak bernikah di Mekah. Kami belum bernikah sebenarnya. Kami mahu menjalani proses dan persiapan pernikahan seperti orang biasa," kata Fattah memetik portal Astro Gempak.

Fattah dan Fazura membuat kenyataan di sidang media khas yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pasangan ini berangkat ke Mekah pada 15 November lalu untuk mengerjakan ibadah Umrah. 

Sepanjang pemergian mereka, netizen berspekulasi kononnya pasangan ini telah bernikah dua hari sebelum berlepas ke sana.

Fattah dan Fazura mula berkawan rapat sejak membintangi drama rantaian Hero Seorang Cinderella.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)