Oleh pada 15 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Konset minggu pertama Big Stage 2020 bakal menjadi persembahan sulung dan pembuka tirai bagi 12 peserta yang berentap.

Musim ketiga program realiti nyanyian popular itu menampilkan persaingan antara barisan penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) iaitu Azzam Sham, Yamani Abdillah, Usop (Mentor), Sandra Dianne, Amir Hasan, Qody Rany, Fadh Majid, Hanie Soraya, Hafiz Zainal, Nana Sheme, Dinie Rashid dan Farisha Iris.

Berikut dikongsikan senarai lagu tugasan yang bakal digalas para peserta buat julung kalinya dalam konsert yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam esok.

   

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

   

konsert big stage 2020

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Big Stage Musim 3 (2020)

  1. Sandra Dianne - Hey Kau (Sandra Dianne)
  2. Azzam Sham - Salam Sejahtera (Samudera)
  3. Amir Hasan - Akad (Payung Teduh)
  4. Yamani Abdillah - Usang (Rahim Maarof)
  5. Usop - Selamanya (Usop)
  6. Qody Rany - Dia (Qody Rany)
  7. Fadh Majid - Kenangan Lalu (Flybaits)
  8. Hanie Soraya - Hujung Dunia (Hanie Soraya)
  9. Farisha Iris - Tak Malu (Farisha Iris)
  10. Hafiz Zainal - Fly Me To The Moon (Frank Sinatra)
  11. Dinie Rashid - Bukan Cinta Aku (Dinie & Khai)
  12. Nana Sheme - Hantu Atau Buaya X Boleh Blah (Nana Sheme)

    

Pengadilan bakal dilaksanakan oleh lima orang juri profesional yang mana tiga daripadanya merupakan juri tetap iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai.

Turut serta, seorang juri undangan mingguan dan seorang presiden netizen yang akan menduduki kerusi juri secara bergilir-gilir setiap minggu.

Presiden netizen yang membuat ulasan daripada kaca mata penonton ini terdiri daripada Neelofa, Caprice dan Michael Ang, termasuk seorang lagi yang akan ditentukan oleh penonton menerusi pemilihan dengan penggunaan hashtag #PNBigStage2020 di media sosial mulai 4 hingga 22 Ogos 2020.

Untuk maklumat lanjut tentang format pemarkahan, hadiah, info rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert mingguan Big Stage 2020 masih mengekalkan pasangan Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai pengacara dalam siaran secara langsung ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

    

Kredit video: LIVE Konsert Big Stage 2020 Minggu 1

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)