Oleh pada 30 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Fendy Caliph Buskers

    

Pemuzik kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun menafikan dakwaan yang mengaitkan perceraiannya dengan isteri, Nadira Rubina dengan orang ketiga.

Fendy, 29, bagaimanapun berkata, hubungan itu berakhir berpunca daripada kekurangan dirinya sendiri sehingga perkahwinan mereka sudah tidak mampu diselamatkan lagi.

“Saya juga nak tegaskan tiada orang ketiga dalam hubungan kami sebelum berpisah, cuma mungkin ada kekurangan daripada pihak saya.

"Sampai satu tahap kami dah tak dapat perbaiki hubungan tersebut maka perceraian adalah jalan terbaik,” katanya lapor portal Mstar.

Dalam pada itu, pemain dram itu memberitahu punca dia berdiam diri daripada mendedahkan tentang berita perpisahan mereka sejak November 2017 kerana ingin memberikan tumpuan terhadap kerjaya dalam bidang seni.

Apatah lagi, kedua-dua bekas pasangan suami isteri itu bekerja dalam kumpulan muzik yang sama.

    

nadira caliph buskers cerai

Kredit foto: Instagram Fendy Caliph Buskers

    

“Kami dah berpisah sejak 8 November 2017, tiada niat nak sembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.

"Namun kami cuba beri fokus terhadap niat utama mencari rezeki dalam dunia seni. Malah langsung tiada isu timbul antara saya dan Nadira biarpun berada dalam satu kumpulan," katanya.

Terdahulu, Nadira dan Fendy yang berkahwin pada 3 Mei 2014, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun. 

Caliph Buskers antara lain dianggotai Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin.

    

Sumber berita: “Sumpah demi Allah tiada orang ketiga” - Fendy (Caliph Buskers) berterus terang tentang punca cerai

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)