sejarah dan fakta mickey mouse

Kebanyakan daripada kita mesti membesar bertemankan tikus Disney ini. Siapa yang tidak kenal Mickey Mouse, bukan? Namun tahukah anda serba sedikit mengenai sejarah dan asal usul tikus ini?

Asal usul Mickey Mouse

Sebelum Walt Disney cipta Mickey Mouse, beliau dan Ub Iwerks telah menghasilkan kartun yang watak utamanya merupakan seekor Arnab. Oswald the Lucky Rabbit namanya. Namun, selepas pertelingkahan dengan rakan sekerjanya Charles Mintz, Disney telah hilang haknya keatas Oswald.

BESARKAN TEKS     A-  A+

oswald vs mickey

oswald the rabbit bersama mickey mouse

Untuk mengubati luka kehilangan dan bersaing dengan watak arnab itu, Walt Disney telah menubuhkan Walt Disney Animation Studio, kemudian beliau dan Iwerks menghasilkan watak yang menyerupai Oswald, tetapi kali ini ia merupakan seekor tikus dan beliau menamakan watak ciptaan terbaru beliau itu Mickey Mouse.

Mickey sudah berkahwin sejak tahun 1928

Sudah tentu anda boleh agak siapa isteri Mickey. Walaupun telah lama berkahwin, tetapi tiada sebarang upacara perkahwinan ataupun kenduri yang ditayangkan didalam kartun bersiri Mickey Mouse. Mickey dan Minnie telah bernikah sejak daripada tahun 1928 dan mereka berdua baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 89 pada 18 November yang lalu. Tarikh tersebut juga merupakan hari lahir mereka berdua. Wah ! Ini barulah hashtag tilljannah.

mickey dan minnie till jannah

Mickey Mouse Asalnya Bisu

Sejak diciptakan pada 18 November 1928, Mickey Mouse langsung tidak pernah bercakap. Ia hanya ketawa itupun sekali sekala. Namun, pelukis-pelukisnya akhirnya memberi kebebasan untuk Mickey bercakap dalam filemnya yang kesembilan yang berjudul The Karnival Kid. Perkataan pertama yang dikatakan oleh Mickey ialah “Hot dog!” dan kemudiannya tikus itu menari ‘tarian hot dog’. Suka benar Mickey Mouse dengan hot dog.

perkataan pertama mickey mouse

Anda Boleh saksikan sendiri bagaimana Mickey Mouse mengucapkan perkataan pertamanya menerusi video di bawah. Suara untuk karakter Mickey Mouse ini dirakam menggunakan suara Walt Disney sendiri.

Daripada filem ini jugalah terhasil topi Mickey yang selalu dijual terutamanya di Disney Land. Topi ini masih menjadi trend sehingga kini.

Mickey Suka Pakai Sarung Tangan.

Selalu kita terperasan yang Mickey dan Minnie memakai sarung tangan atau gloves. Sebab utama mereka sentiasa pakai sarung tangan bukanlah sebab trend pada masa itu. Sebaliknya, pada awal penciptaan kartun Mickey Mouse, semua TV dan panggung wayang hitam putih. Jadi, untuk membezakan bahagian badan mereka, Disney telah memberikan sarung tangan kepada tikus itu.

filem pertama mickey mouse

Mickey diundi sebagai President Amerika

Meskipun merasa lucu apabila membayangkan Mickey Mouse sebagai President menggantikan Donald Trump, namun itulah pilihan sesetengah orang yang mengundi di Amerika Syarikat. Apabila tiada calon yang mereka gemari pada hari pilihanraya, rata-rata rakyat Amerika membuat undi rosak dengan memilih Mickey Mouse sebagai President pilihan mereka. Mungkin inilah sebabnya kenapa Donald Trump boleh memenangi undi majoriti.

Mickey melahirkan bakat-bakat besar

Mickey Mouse mempunyai kuasanya yang tersendiri. Selain daripada merupakan watak utama Disney dan ikon kepada Disney Channel, Mickey telah melahirkan banyak artis yang terkenal sehingga ke hari ini dengan cara menjemput mereka untuk menari atau sekadar tunjuk mereka di program Mickey Mouse Club ketika mereka masih kecil. Mungkin dari situ bakat terpendam mereka berjaya digilap.

britney spear dan justin timberlake dalam mickey mouse club

Antara artis yang dilahirkan oleh Mickey ialah Britney Spears, Justin Timberlake, Ryan Gosling, Christina Aguilera, Keri Russell, JC Chasez dan Tony Lucca.

Sumber: 

  1. CNN
  2. Wikipedia, wikipedia dan wikipedia.



Hakcipta iluminasi.com (2017)