Oleh pada 27 Dec 2018 kategori

Tart telur atau tart kastard telur merupakan pastri yang dijual di Hong Kong dan negara-negara Asia lain. Tart terdiri dari suatu lapisan luar pastri yang dipenuhi dengan kastard telur dan dibakar.

Kini, tart telur datang dalam pelbagai variasi dalam masakan Hong Kong, termasuk tart putih telur, tart susu, tart madu-telur, tart perisa halia (yang dua-dua disebutkan merupakan variasi kastard susu tradisional dan kastard telur, yang lazimnya disaji dalam cha chaan teng, tart coklat, tart perisa teh hijau dan juga tart sarang burung).

Keseluruhannya, tart telur Hong Kong mempunyai dua jenis utama salutan luar iaitu shortcrust pastry atau puff pastry, diperbuat secara tradisional dengan minyak khinzir berbanding mentega atau lelemak.

Tidak seperti tart kastard Inggeris, susu lazimnya tidak ditambah pada kastard telur dan tart tidak ditabur dengan buah pala tanah atau kayu manis sebelum disajikan.

Ia juga dihidangkan ketika masih panas berbanding pada suhu bilik seperti tart kastard Inggeris.

Tart Telur atau Coklat Melting

Nota: Tart telur atau coklat melting ini menggunakan kuali sahaja. Jika anda mempunyai acuan tart, boleh gunakan. Jika tidak, boleh juga gunakan loyang atau bakar menggunakan dapur gas atau ketuhar.

Tart shell

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Marjerin (1/2 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

1. Gaul tepung gandum, marjerin dan garam sehingga rata.

2. Masukkan telur dan uli sehingga menjadi doh.

3. Bentukkan doh seperti tart shell mengikut permukaan kuali, biar agak berlekuk bahagian tengah untuk isi filling

4. Bahagian tepi-tepi tersebut bentuk atau tekan menggunakan garfu sahaja.

5. Kulit tart tidak perlu bakar dahulu. Tuang filling baru bakar.

 

Filling atau inti

Bahan-bahan:

  • Susu cair (1 1/2 cawan)
  • Kuning telur (3 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Secubit garam
  • Gula (5 sudu besar)
  • Tepung jagung (1 sudu besar)
  • Tepung kastard (1 sudu besar)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan:

1. Kacau sebati atau kisar semua bahan.

2. Tapiskan dan tuang ke dalam tart shell.

 

Filling atau inti (coklat)

Bahan-bahan:

  • Susu cair (1 1/2 cawan)
  • Kuning telur (3 biji)
  • Serbuk koko (3 sudu besar)
  • Gula (5 sudu besar)
  • Esen coklat atau vanila (1 sudu kecil)
  • Tepung jagung (2 sudu besar)
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

1. Kacau sebati atau kisar semua bahan.

2. Tapiskan dan tuang ke dalam tart shell.

3. Bakar suhu 170° api atas bawah selama 40 minit.

4. Jika bakar menggunakan dapur gas, gunakan api kecil sahaja. Bakar 30-40 minit. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk .

Tips: Apabila inti telah keras atau pejal, bermaksud ia sudah masak.

 

Untuk lihat resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina

 

Resepi Bonus: Tart Telur Kulit Paratha

tart telur kulit paratha

Kelembutan telur tart ini pasti membuatkan sesiapa pun menggemarinya

Bahan-bahan:

  • Telur (6 biji)
  • Air (1 cawan)
  • Susu cair (1/2 cawan)
  • Gula aising (1/2 cawan)
  • Susu tepung (2 sudu besar)
  • Esen vanila (1 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan-bahan di atas dalam satu bekas. Kacau sebati.

2. Satu keping kulit paratha dipotong empat dan dimasukkan ke dalam acuan. Jika terdapat kulit yang terlebih, lipatkan ke dalam loyang dan tuang bahan-bahan yang dikacau tadi. Bakar pada suhu 170c selama 40 minit.

 

Sumber:

1. Raja Amanina [1, 2]

2. Siti Mariam [1, 2]

3. Wikipedia Tart Telur




Hakcipta iluminasi.com (2017)