Oleh pada 09 Dec 2018 kategori

Sotong merupakan sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi sekitar 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang lazimnya lebih panjang.

Kepada peminat makanan berasaskan laut atau seafood di luar sana, kali ini kami berkongsi resepi sotong bakar pula. Jika anda biasa menikmati kelazatan menu ini di restoran makanan laut, kenapa tidak mencubanya sendiri di rumah?

Masakan sotong bakar seperti sotong bakar bersambal memang enak dinikmati dengan nasi panas. Rasa pedas, masam, manis, lemak dan masin membuatkan ianya tidak pernah jemu dimakan.

Sotong bakar merupakan suatu menu yang amat ringkas kerana tidak menggunakan banyak bahan. 

Resepi 1: Sotong Bakar Thai Paling Simple

Kredit foto: Najwa Rashid & Nieza Awoos (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan sotong:

  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu besar lemon juice
  • Secubit garam

Campur semua dan perap 15-30 minit.

Bahan sos:

  • Bawang putih (7 ulas) - bakar dahulu untuk sedap
  • Cili padi merah dan hijau (jika suka pedas)
  • Sos tiram (3 sudu besar)
  • Lemon juice (3 sudu besar)
  • Sos ikan (3 sudu besar)
  • Gula (secukup manis)

Kisar segala bahan di atas.

Cara penyediaan:

1. Potong halus daun ketumbar.

2. Cincang dadu tomato.

3. Gaul semua bahan kisar dan potong.

4. Keluarkan sotong. Sotong dengan tisu untuk keringkan air.

5. Bakar sotong atau boleh letak dalam pemanggang.

6. Akhir sekali, tuang sos atas sotong yang siap dibakar.

Resepi 2: Sotong Bakar Blackpepper dan Sos Nampla

sotong bakar blackpepper 2

Kredit foto: Cik Pah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg sotong hiris kiri kanan supaya tidak melengkung apabila digril

Nota: Toskan dalam tapis jarang, tidak mahu berair.

Dalam mangkuk lain:

  • 2 sudu besar gula perang / madu
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara penyediaan:

1. Perap sotong selama setengah jam.

2. Panaskan kuali grill / nonstick / magic pan.

3. Sapu minyak masak dengan serai yang diketuk pada kuali. Gril sotong api sederhana besar seminit sahaja setiap sisi atas bawah. Jangan lama supaya tidak liat.

Sos nampla

  • Cili padi
  • Bawang putih (dicincang)
  • 5 sudu besar nampla (sos ikan)
  • 1 biji limau nipis diperah (besar)
  • Daun ketumbar racik
  • Madu / gula perang

sotong bakar blackpepper 1 650

Sumber:

1. Najwa Rashid [1, 2]

2. Yuss Aisya [1, 2]

3. Teratak Mutiara Kasih (linapg.blogspot.com) [12]

4. Anis' Diary (anissdairy.blogspot.com) [12]

5. Wikipedia Sotong




Hakcipta iluminasi.com (2017)