Oleh pada 05 Feb 2020 kategori

Roti titab merupakan sebuah menu serba ringkas yang cukup terkenal di Kelantan. Untuk lebih sedap, anda boleh meletakkan kicap cair dan lada sulah (lada putih) sebagai pelengkap rasa.

Bagi mengelakkan telur separuh masak yang dihasilkan telah keras atau terlalu cair, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang diberikan. Jika tidak mahir membuatnya secara manual, anda boleh membeli peralatan khas yang digunakan untuk menghasilkan telur separuh masak yang berkualiti.

Roti Titab (Versi 1)

Bahan-bahan:

  • Roti - jenama Gardenia
  • Seri kaya asli - jenama Yeo's
  • Marjerin - jenama Planta
  • Telur
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih

Cara-cara penyediaan:

  1. Masakkan air sehingga menggelegak di dalam periuk dan tutup api.
  2. Letakkan telur sehingga 7 minit dan terus buangkan air panas tadi.
  3. Letakkan air paip tanpa perlu menutupkan periuk.
  4. Bakar roti yang disapu planta di atas kuali.
  5. Sapukan seri kaya. Terpulang sama ada mahu sapu pada keseluruhan roti atau di setiap penjuru roti tersebut.
  6. Pecahkan telur dan taburkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.

Roti Titab (Versi 2)

fb img 1580913473599 2

Bahan-bahan:

  • Roti sandwich - jenama Gardenia (untuk sedap, perlu diletakkan 2-3 keping kerana ia nipis)
  • Telur - dimasak separuh
  • Marjerin - jenama Planta atau yang lain
  • Kaya (secukupnya)

Cara-cara penyediaan:

  1. Sapukan planta atau marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti.
  2. Kemudian, bakar sehingga garing mengikut citarasa masing-masing. Jika untuk 3 keping roti, ia perlu dibakar satu persatu.
  3. Setelah siap dibakar, letakkan di atas pinggan dan letakkan kaya di setiap penjuru roti yang dibakar tadi.
  4. Pecahkan telur yang dimasak separuh masak tadi di tengah-tengah roti tersebut. Siap untuk dinikmati.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Tg Khuzanika [12]

2. Emi Sabrina [12]

Sumber informasi:

1. Suraya Hanim Baharuddin [1, 2]

2. Aziela [1, 2]

3. Adnan Yahaya [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)