Oleh pada 31 Oct 2023 kategori

Untuk kelainan, telur boleh tidak diletakkan. Selain itu, kismis juga boleh ditambah.

Agar-agar serbuk juga boleh digunakan. Namun, sukatan air perlu diketahui.

Jika mahu mendapatkan hasil yang keras untuk resepi ini, air perlu dikurangkan. 

Sebagai cadangan, selepas warnanya diletakkan satu demi satu, tarik menggunakan lidi dari luar ke dalam. Bekas plastik yang digunakan pemilik resepi untuk meletakkan hidangan ini boleh didapati di kedai bakeri.

Puding Roti Marble

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Agar-agar tali (20gm)
  • Air (5 cawan)
  • Gula (1 cawan)

Masak semua sehingga larut.

Bahan B:

  • Roti (4 keping) - buang kulit tepi dan gunting kecil-kecil
  • Susu cair (1 tin)
  • Telur (1 biji)
  • Susu pekat (2 sudu besar)
  • Tepung kastard (1 sudu besar)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)

Semua di atas dikisar.

  • Mentega / marjerin (2 sudu besar)
  • Serbuk koko / coklat emulco (3 sudu besar)
  • Pewarna pilihan

Cara-cara membuat:

  1. Masak agar-agar, gula dan air sehingga larut.
  2. Kemudian, masukkan bahan B yang telah dikisar tadi. Ketika ini, perlu kecilkan api dan kacau perlahan-lahan.
  3. Masukkan mentega atau marjerin.
  4. Tunggu sehingga mendidih sedikit.
  5. Apabila sudah mendidih rata, bolehlah tutupkan api.
  6. Bahagi kepada tiga bahagian. Satu warna asal, sebatikan. Satu warna pilihan, sebatikan. Satu tambah serbuk koko/coklat emulco, sebatikan.
  7. Basahkan acuan, bolehlah letak berselang seli atau mengikut kreativiti masing-masing untuk hasilkan corak.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk. Apabila sudah cukup keras dan sejuk, bolehlah keluarkan dari acuan.

puding roti marble

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Fatimah Ali [1, 2]

Sumber informasi:

Aida Ramly [1, 2]

Combi MamaGebooz [1, 2]

Almaya Iman [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)