Oleh pada 30 Nov 2023 kategori

Sebagai cadangan, bahan-bahan seperti ayam, udang dan sotong juga boleh diletakkan. Bergantung kepada citarasa masing-masing, Maggi goreng mamak yang basah boleh manjadikan rasa karinya lebih menyengat.

Untuk versi kedua, ia dipanggil Maggi goreng mamak asas kerana tiada sayur atau lauk. Anda boleh letakkan apa sahaja mengikut citarasa masing-masing.

Versi 1

Bahan-bahan:

  • Maggi kari (sepaket)
  • Telur (1-2 biji)
  • Cili padi (3-4) - kalau mahu pedas, tambah lagi
  • Kicap

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan air. Rebus Maggi dalam 2 minit. Jangan terlalu kembang. Kemudian, toskan.
  2. Masukkan sedikit minyak. Goreng telur. Kacau bagi hancur.
  3. Masukkan cili padi hiris.
  4. Masukkan Maggi yang sudah direbus.
  5. Masukkan perencah Maggi. Tetapi kalau tidak kuat masin, letak 1/2 atau 3/4 paket sahaja. Untuk lebih masin, letak sahaja semua.
  6. Tunggang sedikit kicap. Jangan banyak.
  7. Goreng sebentar bagi garing. Siap untuk dimakan.

Versi 2

70802911 2536369056386023 1310026941528539136 n

Bahan-bahan:

  • Mee segera
  • Bawang putih
  • Kiub ayam
  • Telur
  • Kicap

Cara-cara membuat:

  1. Rebus mee segera sehingga lembut.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Tumis bawang putih yang telah dicincang. Jika suka, boleh tambah isi ayam. Tumis sehingga isi ayam masak. Jika suka pedas, boleh tambahkan cili giling/serbuk cili/cili padi /serbuk kari. Tumis sehingga masak atau naik minyak.
  4. Masukkan kiub ayam.
  5. Masukkan telur. Biasanya 1 biji untuk 2 keping mee segera. Kacau rata sehingga telur masak.
  6. Masukkan mee segera. Kacau rata. Jika suka, boleh letak sayur seperti kubis dan sawi. Kacau rata.
  7. Masukkan kicap manis secukupnya. Kacau rata. Jika kurang masin, boleh tambah garam. Sedia dihidangkan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Syahirah Omar [1, 2]

Nanie Sulong [1, 2]

Sumber informasi:

Haslina Haji Ishak [1, 2]

Farhana Iyii [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)