Oleh pada 31 Dec 2023 kategori

Lempeng kelapa merupakan sebuah juadah yang boleh dimakan bersama sambal hijau, sambal tumis, kari ayam, sambal sardin, gula dan lain-lain. Selain itu, ia juga boleh dimakan begitu sahaja.

Sekadar cadangan, rasanya bertambah sedap jika dibuat menggunakan kelapa yang tidak berapa tua dan tidak berapa muda. Untuk versi pertama, ia dibuat menggunakan acuan untuk saiz kecil dan separuh lagi bersaiz besar.

Versi 1

Bahan-bahan:

  • Nasi (1 cawan)
  • Air (2 1/2 cawan)
  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Kelapa muda (2 cawan)
  • Garam (secubit)
  • Minyak masak (sedikit)

Cara-cara membuat:

  1. Kisar nasi dengan air.
  2. Masukkan dalam satu bekas.
  3. Masukkan tepung gandum, kelapa muda, garam dan sedikit minyak masak.

Versi 2

2 106

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Kelapa muda parut (2 cawan)
  • Santan (1/4 cawan)
  • Air kelapa atau air biasa juga boleh (1 cawan)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara membuat:

  1. Gaulkan sebati.
  2. Panaskan kuali dan boleh mula membuat.

Versi 3

3 704

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (3 cawan)
  • Telur gred B (1 biji)
  • Kelapa parut (1 senduk)
  • Garam (sesudu kecil)
  • Marjerin jenama Pelangi (2 sudu)
  • Air (cair seperti buat kuih ketayap/gulung)

Tips:

  • Jika sudah letak marjerin, pemilik resepi tidak sapu minyak pada kuali. Memang tidak melekat.
  • Pemilik resepi guna pan kecil sahaja dan api paling perlahan,

Versi 4

4 705

Bahan-bahan:

  • Kelapa parut (2 cawan)
  • Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Santan (sedikit)
  • Air kelapa (sedikit) - jika tiada air kelapa, boleh sahaja guna air biasa
  • Garam (sedikit)

Cara-cara membuat:

  1. Satukan semua bahan kecuali air kelapa.
  2. Gaul serata baru tuang air kelapa sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair.
  3. Kemudian, panaskan kuali. Tuang minyak sedikit ambil dalam satu sentuk tuang dalam kuali. Nipiskan.
  4. Kemudian, tunggu sehingga garing dan boleh kalih. Setelah siap, boleh diangkat untuk dimakan.

Kredit:

Hajah Zainab Bt Mawan [1, 2]

Azizah Ali [1, 2]

Misza Manap [1 , 2]

Masni Bahari [1 , 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)