Oleh pada 25 Apr 2023 kategori

Untuk lala yang mahu dimasak selepas beberapa hari dibeli, ia boleh dibersihkan dahulu dan dimasukkan dalam bekas bertutup sebelum disimpan dalam freezer. Dengan cara ini, ia boleh tahan selama berminggu-minggu.

Untuk resepi bonus, udang dan sotong hanya perlu direbus secara ala kadar. Jangan sehingga terlalu masak supaya ia tidak menjadi keras.

Lala Tomyam 

Bahan-bahan:

  • Sos tiram (2 sudu)
  • Pes tomyam (2 paket)
  • Cili kisar (3 sudu)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Bawang holland (1 biji) - dadu
  • Halia (1 ibu jari) - potong kecil
  • Bawang putih (5 ulas) - potong kecil
  • Daun kari (2 tangkai)
  • Daun limau purut
  • Lala (1 kg)
  • Garam
  • Gula
  • Daun sup
  • Cabai besar

bahan lala tomyam

Cara-cara penyediaan:

cara membuat lala tomyam

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  3. Masukkan bawang holland. Kacau sebentar.
  4. Masukkan pes tomyam, cili kisar dan sos tiram.
  5. Masukkan daun kari.
  6. Masukkan daun limau purut.
  7. Masukkan garam dan gula. Secukup rasa.
  8. Masukkan bawang besar.
  9. Masukkan lala. Kacau sebati sehingga lala masak.
  10. Siap. Tabur daun sup dan cabai besar.

Resepi Bonus: Maggi Tomyam Seafood

maggi tomyam seafood

Bahan-bahan:

  • Maggi - perisa kari (1 paket) dan tomyam (1 paket)
  • Udang
  • Sotong
  • Pes tomyam (1 sudu makan)
  • Telur
  • Sawi
  • Bawang merah - hiris
  • Bawang putih - hiris
  • Cili - ketuk manja dan hiris
  • Garam
  • Perasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumis minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Masukkan pes tomyam.
  3. Setelah wangi, letakkan air. Biar menggelegak.
  4. Masukkan ½ rencah tomyam dan ½ rencah kari. Biar menggelegak.
  5. Letakkan garam dan perasa.
  6. Masukkan Maggi, telur dan sawi.
  7. Udang dan sotong direbus asing. Air rebusan tidak diperlukan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Eda Dahalan [1, 2]

Nurdhiya AmoiLova Ramlan [1, 2]

Sumber informasi: Nor Azua Amlan [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)