Oleh pada 24 Mar 2019 kategori

Kuih buah rotan atau juga dipanggil sebagai kuih redan atau keciputan adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung pulut dan telur.

Ia lalu dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehingga ia kekuningan dan diangkat serta sedia untuk disajikan.

Jika api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dipanggil sebagai kembang minyak.

Kuih ini terkenal di negeri Terengganu, Malaysia dan Jawa, Indonesia.

Kuih buah rotan digelar sebegitu disebabkan bentuknya yang bulat dan bersisik seperti buah rotan.

Warnanya yang kuning keemasan turut menyamai buah rotan. Kuih buah rotan agak keras dan tahan lama.

Kuih ini tidak mempunyai inti, berlainan dengan kuih bom/bijan.

Kuih buah rotan banyak dihasilkan dan dijual di Malaysia. Ia lazimnya banyak ketika musim hari perayaan dan tidak dijual secara harian.

Pada musim perayaan, kuih buah rotan tidak perlu ditempah lebih awal.

Kuih buah rotan kurang digemari kecuali pada hari perayaan.

 

Kuih Buah Rotan

 

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut (500g)
  • Tepung beras (1 sudu besar)
  • Santan (1 cawan)
  • Air (1 cawan) - jangan tuang semua, sedikit-sedikit dahulu
  • Gula (1/2 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Air kapur makan (sedikit)
  • Garam (secubit)
  • Bijan

 

Cara-cara membuat:

1. Masak gula dengan sedikit air. Untuk larutkan gula bersama garam, sedikit air kapur makan. Sejukkan.

2. Campurkan semua bahan-bahan dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh.

3. Bulatkan doh kecil-kecil dan gaulkan dengan bijan.

kuih buah rotan 1

 

Nota:

✔ Bulatkan paling kecil kerana apabila digoreng doh akan menjadi kembang.

✔ Jika terlalu besar, ketika menggoreng, ia akan tidak masak sehingga ke dalam dan menjadi liat.

✔ Goreng dengan api sederhana, biar garing dan keemasan. Toskan minyak dan siap.

 

Sumber:

1. Irhana Canella [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Buah Rotan




Hakcipta iluminasi.com (2017)