Oleh pada 17 Oct 2020 kategori

Kimbap juga dikenali sebagai nasi gulung Korea. Berbanding nasi gulung Jepun atau maki sushi, ia mempunyai konsep hidangan yang sama tetapi sedikit berbeza.

Rasa masin daging dan telur, rangup pada sayurannya. Beras Jepun jenama Sumo berharga RM9 dan rumpai laut panggang pula berharga RM7. Manakala, tikar penggulung boleh dibeli di Daiso, kedai RM2 dan Mr DIY.

Kimbap

Cara-cara membuat:

Kepingan rumpai laut

  • Pemilik resepi beli di pasaraya besar, bahagian rak jajan.
  • Tikar penggulung juga perlu ada untuk membuat kimbap.

kimbap 10

Nasi

  • Pemilik resepi menggunakan beras Jepun jenama Sumo. Jika mahu menggunakan beras biasa juga boleh, tetapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.
  • 2 cawan beras, ditanak seperti biasa menggunakan sukatan jari.
  • Sementara menunggu nasi, boleh sediakan bahan-bahan lain untuk dijadikan inti.
  • Setelah nasi siap, letakkan ke dalam mangkuk, tambahkan 1 sudu kecil minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata.

Inti

  • 1 ikat bayam hijau: Petik bahagian bayam lembut, rebus 2 minit, angkat dan toskan.
  • 1 biji timun: Potong memanjang dan buang bahagian berjus.
  • 1 biji lobak merah: Buang kulit dan hiris memanjang. Kemudian, sangai di atas kuali. Boleh tambah secubit garam.
  • 3 biji telur ayam: Hancurkan dan tambah secubit garam. Masak seperti telur dadar. Hiris memanjang.
  • Hirisan daging: Perapkan dengan sos tiram dan serbuk lada hitam. Kemudian, masak di atas kuali sehingga kering jus. Boleh juga menggunakan ayam, filamen ketam, sosej.

kimbap 4

Susunan membuat kimbap:

  1. Tebar tikar penggulung.
  2. Alas sekeping rumpai laut.
  3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut. Pastikan ada ruang.
  4. Letak inti satu per satu. Jangan kedekut, lebih banyak inti lebih sedap.
  5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar kimbap menjadi kemas.
  6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap. Kemudian, potong satu persatu.
  7. Boleh letak mayonis ke atas kimbap. Pastikan jenama Kewpie.
  8. Sedia dihidang.

Cara-cara penyediaan bergambar:

kimbap bergambar

  1. Letakkan nasi dan ratakan.
  2. Isi inti. Pastikan ada ruang kosong di atas rumpai laut.
  3. Gulung dan tekap kemas. Ia penting supaya nasi dalam kimbap tidak terabur sekiranya dipotong.
  4. Jangan lupa sapukan minyak bijan, tidak perlu banyak.
  5. Kimbap yang telah dipotong.
  6. Boleh letak mayonis untuk rasa lebih berkrim.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Zurina Zulkefli [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)