Oleh pada 23 Feb 2024 kategori

Ketam Kam Heong merupakan sejenis masakan Cina tempatan yang boleh dimakan bersama sayur. Untuk mereka yang tidak tahan pedas, cili padi boleh ditukar dengan cili besar.

Kedua-dua resepi di bawah menggunakan ayam sebagai bahan yang juga boleh digantikan dengan makanan laut. Jika anda menggunakan makanan laut, ia tidak perlu digoreng seperti ayam.

Sebagai cadangan, sedikit udang kering juga boleh ditumbuk dan ditumis sekali.

Ketam Kam Heong

Kredit foto: Momoy Wit Myrul (Gambar tidak menggunakan mana-mana resepi di bawah)

Versi 1

ketam kam heong versi 1

Resepi ini menggunakan ayam sebagai bahan

Bahan-bahan:

  • Ayam (1/2 ekor)
  • Bawang besar/Holland potong dadu (2 biji)
  • Bawang putih (3 ulas) - ketuk sahaja
  • Daun kari (3 tangkai)
  • Cili padi merah/hijau belah dua (10 tangkai)
  • Rempah kari ayam (2 sudu makan) bancuhkan
  • Sos tiram (2-3 sudu makan)
  • Sos cili (2-3 sudu makan)
  • Kicap manis (2-3 sudu makan)
  • Garam dan gula (secukup rasa)

Cara-cara membuat:

  1. Goreng ayam. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati. Siap.

Versi 2

ketam kam heong versi 2

Resepi ini menggunakan ayam sebagai bahan

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang merah + bawang putih
  • Daun kari + cili kering 2 tangkai
  • Cili hijau
  • Serbuk kari
  • Sos cili + sos tiram + kicap
  • Garam dan gula (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan:

cara membuat ketam kam heong versi 2

  1. Goreng ayam dahulu.
  2. Hiris halus bahan-bahan ini untuk tumiskan.
  3. Tumiskan bahan-bahan hirisan tadi sehingga keperangan.
  4. Masukkan serbuk kari sesudu besar.
  5. Inilah hasilnya apabila sudah gaul rata. Pastikan gaul bagi memastikan rempah tidak hangit. Gunakan api perlahan.
  6. Kemudian, masukkan sos tiram.
  7. Masukkan pula sos cili.
  8. Masukkan juga kicap manis.
  9. Gaul rata bagi sebati semua bahan campuran tersebut. Perasakan sedikit dengan garam dan gula secukupnya. Jangan terlalu banyak kerana kesemua sos tersebut sudah memberikan rasa yang cukup.
  10. Masukkan cili dan bawang potong.
  11. Masukkan ayam. Gaul rata bagi semua rempah tersebut meresap dalam ayam.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Ain Ariffin [1, 2

Nkhalida Alias [1, 2]

Sumber informasi:

Norizat Bohari [1, 2]

Tee Jamaludin [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)