Oleh pada 31 May 2019 kategori

Coklat badam atau dalam bahasa Inggerisnya, almond chocolate merupakan sebuah biskut yang menggabungkan coklat dan kacang badam rangup.

Antara tipsnya ialah anda perlu menggunakan coklat yang berkualiti tinggi bagi merasakan kesedapan coklat yang asli.

Bukan sahaja hanya menggunakan dua bahan sahaja, anda juga tidak perlu membakarnya.

 

Almond Chocolate (Versi 1)

 

 

Bahan-bahan : 

  • Badam panjang (1 kg)
  • Milk compound coins (550 gm) - mahu guna dark atau white chocolate pun boleh

 

Cara-caranya : 

1. Bakar badam pada suhu 170 C selama 10 minit (bergantung kepada ketuhar masing-masing).

2. Apabila badam sudah masak, biarkan badam sehingga betul-betul sejuk.

3. Sementara itu, boleh sediakan periuk untuk double boil coklat. Masak sehingga coklat cair.

4. Kemudian, satukan badam dan coklat. Gaulkan hingga sebati .

5. Masukkan ke dalam paper cup .

6. Sejukkan di dalam peti selama 10 minit. Siap.

 

Tips: Tutup api, kemudian masukkan coklat dan kacau cepat-cepat sementara air masih panas. 

 

Almond Chocolate (Versi 2)

almond chocolate 1 747   

 

Bahan-bahan :  

  • Coklat compound Berly's (1 kg)
  • Almond nib (500 gm) - digoreng tanpa minyak

 

Cara-caranya:  

1. Masakkan coklat itu dengan menggunakan teknik cara double boiler. Apabila coklat sudah cair . Biarkan dalam 5 minit kemudian masukkan almond nib dan kacau sebati.

2. Kemudian terus tuang kan adunan coklat itu ke dalam plastic icing. Pastikan ikat kemas bunjutnyer dan potong ujung plastik lebar sikit supaya senang almond tu mahu keluar.

3. Pam kan coklat ke dalam acuan. Masukkan coklat ke dalam freezer lebih kurang dalam 20 min. Sudah siapppp. Sekiranya apabila di terbalikkan acuan coklat masih tidak mahu keluar, hanya perlu masukkan kembali acuan ke dalam freezer dan tambahkan masa.

 

Sumber:

1. Nur Fardiana [12]

2. Kak Lina Kassim [12]

3. Citarasawan (citarasawan.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)