Oleh pada 24 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kelapan yang melabuhkan tirai membawa kepada teka-teki di kalangan netizen membabitkan identiti peserta GV yang bakal menjadi taruhan edisi hadapan.

gegar vaganza 811

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Beberapa nama besar yang menggegarkan industri hiburan suatu masa dahulu, diramal warganet bakal kembali ke pentas muzik semasa, sebagai antara yang menyahut cabaran beraksi di musim kesembilan kelak.

Antara nama yang diutarakan ramai di media sosial termasuk barisan penyanyi lelaki seperti Tam Spider, Fiq Mentor, Fairuz Q-Face, Renggo Arrow, Man Bai, Casey, Poey Stings dan Shawn Baharin.

Para penyanyi wanita yang dipinta antaranya adalah Arni Nazira, Juliana Banos, Anis Suraya, Ruhil Amani, Alina Hassan, Krisya, Abot dan Elda Susanti.

Turut diharapkan menyemarakkan saingan ialah penyanyi era 2000-an seperti Mawi AF (Akademi Fantasia), Shahir AF, Imran Ajmain, Nita Hamzah (Malaysian Idol), Syazliana dan Sheila Abdull.

Penyanyi bertaraf lagenda juga tidak diketepikan. Rata-ratanya menantikan kemunculan Ramlah Ram, Zaiton Sameon, Mael XPDC, Azlina Aziz, Liza Aziz, Dayangku Intan, Sahara Yaacob dan Salamiah Hassan.

Sementara itu, penyanyi berkumpulan yang ingin disaksikan ialah A To Z, Feminin, Def Gab C, Shades, X Factor, Ruffedge dan VE.

Baca: Keputusan Markah Konsert Akhir / Final Gegar Vaganza 2021 (GV8) - Juara, Pemenang, Finalis

gegar vaganza final 548

Kredit foto: Instagram Hetty Koes Endang

Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi, justeru kita nantikan sahaja wajah-wajah sebenar yang bakal menghiasi GV musim akan datang yang dijadual memulakan siarannya pada 31 Julai 2022.

Sekadar info, bintang yang pernah memegang trofi juara dalam edisi sebelumnya ialah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina Azhar (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu Boboy & Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7) dan Aliff Aziz (GV8).

Gegar Vaganza adalah sebuah rancangan yang menghimpunkan penyanyi popular suatu ketika dahulu untuk kembali berentap di atas sebuah pentas pertandingan bercorak program realiti TV.

Baca: Kini Kembali! Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza 2022 (Musim 9) GV9

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2022 Musim 9 (GV9) Bahagian 2

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Kredit video: [LIVE] Konsert Akhir Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 10




Hakcipta iluminasi.com (2017)