Oleh pada 25 Feb 2017 kategori

Sebelum ini, baucar buku BB1M diberikan dalam helaian baucar berdominasi RM50 sebanyak 5 keping melalui Bendahari universiti. Manakala kad siswa 1 Malaysia (KADS1M) pula diberikan kepada pelajar untuk menikmati diskaun apabila membeli barangan atau perkhidmatan dengan syarikat terpilih.

Terkini, bagi edaran 2017, kerajaan telah menaiktaraf dengan menyeragamkan kedua-dua bantuan ini. KADS1M, yang sebelum ini hanya merupakan sekeping flash card, akan dinaiktaraf menjadi kad debit Bank Rakyat.

BB1M pula akan digantikan dengan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM250 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun debit kad. Amaun ini boleh digunakan untuk membeli bahan bacaan, alat tulis, alatan komputer dan akses internet.

kad debit kads1m bppt bank rakyat bb1m

Kriteria Kelayakan Pemohon:

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT;

  3. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif semasa tarikh pengumpulan data pelajar iaitu pada 31 Disember 2016.

  4. Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; *(pelajar perlu menyemak kelayakan di IPT masing-masing).

  5. Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan

  6. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

Proses Permohonan:

  1. Permohonan dilaksanakan secara atas talian melalui laman web Bank Rakyat www.bankrakyat.com.my/bppt (bermula dari 16 Februari sehingga 31 Mac 2017).
  2. Setelah permohonan berjaya dilaksanakan, pelajar PERLU MENUNGGU EMEL dari Bank Rakyat sebelum pergi ke Cawangan bagi pengambilan KADS1M DEBIT.
  3. Masukkan NO PIN yang sebenar semasa proses pengambilan kad.
  4. Lengkapkan pendaftaran Perbankan Internet i-Rakyat.

Dokumen yang Diperlukan Semasa Mengambil Kad:

dokumen yang diperlukan semasa mengambil kads1m

Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi Urus Setia BPPT di alamat emel bppt@mohe.gov.my atau di talian 03-8870 4361 / 5342 / 6488 / 4657.

Jangan sia-siakan wang RM250 ini ya adik-adik pelajar sekalian. Gunakan sebaik-baiknya untuk pengajian anda. Kerajaan dah keluarkan peruntukan RM300 JUTA tau untuk bagi anda bantuan ni.

Janganlah habiskan semua buat beli topup sebab nak call awek. Itu menyalahgunakan nikmat namanya.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi




Hakcipta iluminasi.com (2017)