Oleh pada 13 Aug 2017 kategori

penyanyi syamel dikatakan ambil minuman beralkohol 1

Kredit foto: lyanaishak.com

Penyanyi Syamel menafikan dakwaan dirinya gemar ke pusat hiburan dan mengambil minuman beralkohol.

Syamel dalam kenyataan terbarunya menegaskan kunjungan tersebut hanyalah atas urusan kerja dan memenuhi undangan nyanyian anjuran pihak Astro.

penyanyi syamel dikatakan ambil minuman beralkohol 2

Kredit foto: Instagram Syamel

Kalau betul pun saya ingin berhibur, saya suka menonton persembahan live band. Tak mungkin saya melakukan perkara seperti itu. Saya masih boleh mempertimbangkan yang mana buruk dan yang mana baik. Lagi pun saya menetap bersama keluarga. Ke mana saja saya pergi masih lagi di bawah pemantauan ibu bapa. Mungkin juga mereka tersilap dengar. Saya sebenarnya bukan berkunjung ke kelab malam, tetapi ke kelab futsal.

Sumber: Harian Metro

Tambah Syamel, biasanya dia mengunjungi pusat hiburan sekitar Lembah Klang dan gemar berekreasi bersama dua rakan baiknya.

Syamel beranggapan dakwaan itu ditimbulkan oleh pihak yang tidak menyenangi kerjaya seninya. 


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)