Oleh pada 04 Apr 2018 kategori

Solat hajat dan doa sebenarnya adalah senjata umat Islam. Sembahyang sunat atau solat sunat hajat biasanya dilakukan apabila seseorang Muslim itu memiliki sebarang hajat atau kehendak yang ingin dipinta terus kepada Allah S.W.T.

Antara hajat yang biasa kita dengar dikalangan masyarakat Malaysia ialah seperti hajat pelajar inginkan keputusan yang cemerlang, hajat ibu bapa mahukan anaknya berubah daripada keburukan kepada kebaikan, hajat mahu anak dengar kata, hajat mahukan sejumlah harta, hajat mahukan calon pasangan isteri atau suami, dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Solat hajat boleh dilakukan seorang diri atau berjemaah (bermakmum). Antara hajat yang biasa dilakukan berjemaah atau beramai-ramai adalah seperti mohon hajat agar diturunkan hujan ketika musim kemarau, memohon hajat untuk keamanan dan kemakmuran negara, solat hajat untuk mengelak penyakit berjangkit atau fitnah manusia dan bermacam-macam lagi. Dipendekkan cerita, sekiranya umat Islam atau individu Muslim memiliki sebarang hajat, bolehlah melakukan solat hajat.

Definisi Hajat

Menurut kamus dewan bahasa, definisi bagi hajat bermaksud sesuatu yang dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; mengĀ­ingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerluĀ­kan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Dalil Berkaitan Solat Sunat Hajat

dalil solat hajat al baqarah 2 186

Maksudnya: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. (al-Baqarah 2:186)

dalil solat hajat al baqarah 2 45

Maksudnya: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat (al-Baqarah 2:45) 

Bagaimanapun, solat sunat hajat bukanlah sesuatu yang menjadi kewajipan kepada umat Islam. Bagi aliran salafussoleh, mereka hanya melakukan solat sunat mutlak dan mengambil kesempatan berdoa apa jua yang dihajati mereka. Tidak menjadi masalah untuk umat Islam melakukan solat sunat hajat meminta sesuatu yang dihajati kepada Allah tuhan yang masa pengasih lagi maha penyayang.

Cara Solat Sunat Hajat

panduan solat sunat hajat 1

panduan solat sunat hajat 2

panduan solat sunat hajat 3

Anda boleh muatturun gambar di atas untuk simpanan anda bagi memudahkan pembelajaran berkaitan panduan dan cara solat sunat hajat dilakukan. Panduan ini kami dapatkan dari laman tayibah antara laman web yang boleh diyaqini secara total. Di bawah ini pula adalah panduan solat hajat yang dikongsi oleh laman islam.gov.my

Cara Solat Sunat Hajat Seperti Rasulullah S.A.W

Soalan : Bagaimanakah cara solat sunat hajat yang pernah dilakukan Oleh Rasullah S.A.W berserta bacaannya?

Jawapan : Cara melaksanakannya mudah sahaja, iaitu setelah berwuduk (air sembahyang) dan memakai pakaian yang bersih di tempat yang bersih, lalu lakukanlah Solat Sunat Hajat dua rakaat, cara lafaz niat solat sunat hajat adalah seperti berikut : 

lafaz niat solat sunat hajat

Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

Selepas takbiratul ihram dan bacaan Surah al-Fatihah sebagaimana solat yang lain, bacalah pada rakaat pertama Surah al-Kafirun sekali. Kemudian selepas Surah al-Fatihah rakaat kedua, bacalah Surah al-Ikhlas sekali. 

Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al-Fatihah, Ayat Al-Kursi dan Surah Al-Ikhlas 

Setelah selesai solat sunat hajat, bermohonlah kepada Allah S.W.T serta ucapkanlah selawat kepada Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa.

Doa Selepas Solat Sunat Hajat

doa selepas solat sunat hajat

Tiada Tuhan yang benar sebenar-benarnya melainkan Allah yang maha lemah-lembut, pemurah dan penyayang. Maha Suci Allah, pemerintah Kerajaan Yang Maha Besar. Segala puji tertentu bagi Allah, pentadbir sekelian alam semesta. Aku bermohon kepada-Mu, ya Allah semoga dapat kiranya limpah rahmat-Mu dan segala amalan yang boleh menerima keampunan-Mu. 

Aku mohon pemeliharaan daripada segala dosa. Aku mohon mendapat kelabaan pada setiap kebaikan, dan terlepas daripada sebarang dosa. Jangan kiranya ada pada kami satu dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada satu kesusahan melainkan Engkau melepaskannya, semoga kiranya hajat kami Engkau tunaikan (iaitu mana-mana hajat yang Engkau redhai), wahai Tuhan yang sangat mengasihani. (Pada ketika ini mohonlah segala hajat yang dikehendaki, Insyallah Tuhan sempurnakan).

Kemaskini : 13 June 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)