Oleh pada 11 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Gara-gara foto terbaru yang dimuat naik aktres Nora Danish di laman Instagram, netizen membuat dakwaan pelakon jelita itu sedang hamil.

Meskipun tiada pengesahan dibuat oleh Nora, namun para pengikutnya kini sedang giat bergosip di ruangan komen tentang perubahan bentuk badan terkininya.

Malah, ada yang sudah awal-awal mengucapkan tahniah.

"Kak Nora mengandung ke? Tahniah, saya tumpang gembira untuk awak," tulis pemilik akaun Hlabeae89.

Ada yang masih belum pasti akan kesahihan berita itu, namun bersedia mendoakan agar Nora beroleh cahaya mata baru dengan segera.

"Kita doakan yang baik-baik. Semoga kak Nora beroleh rezeki untuk menimang bayi baru," seorang lagi netizen menyampuk.

Tak kurang segelintir yang mengatakan perut Nora berisi bukanlah kerana "baby bump" tetapi disebabkan kebahagiaan dirinya melayari alam rumah tangga bersama yang tercinta. 

Mereka melihat wajah pelakon Suamiku Jatuh Dari Langit itu semakin berseri-seri dan tubuhnya pula lebih menawan.

"Orang kata selepas kahwin ini memang berisi. Bahagia lah katakan. Nanti kurus nampak sangat lelaki tak bagi makan. Terpaksa berpura-pura bahagia pula.

"Apa carapun, Nora Danish tetap nampak kelas," cetus Dzzalika17.

Dalam pada itu, menerusi sebuah laporan di portal hiburan Ahad, ada sumber yang menyatakan pelakon wanita itu sememangnya telah berbadan dua, namun masih dalam fasa trimester pertama.

Kerana masih terlalu awal, berita itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.




Hakcipta iluminasi.com (2017)