Secara umumnya, kebanyakan syarikat di dunia mengamalkan tempoh bekerja selama 5 hari seminggu dimana terdapat 2 hari yang diperuntukkan setiap minggu (biasanya Sabtu dan Ahad) bagi membolehkan para pekerja berehat.

Polisi bekerja 5 hari seminggu ini dipopularkan oleh syarikat pengeluar kereta Ford pada tahu 1926 dan perkara ini pernah kami tulis dalam artikel Kenapa Kita Kerja 5 Hari Setiap Minggu?. Namun ada individu yang bekerja 6 hari seminggu atau bekerja mengikut masa syif seperti yang diarahkan syarikat. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, mungkin tidak ramai yang tahu satu ketika dahulu sekitar tahun 1929 pihak Kesatuan Soviet pernah melakukan satu eksperimen untuk mengubah cara kerja manusia dengan menghapuskan cuti hujung minggu bagi para pekerja. 

Pengenalan "nepreryvka"

sistem kerja nepreryvka

Revolusi perindustrian pada ketika itu telah menyebabkan perubahan dan pembaharuan radikal bagi pekerja buruh, yang setiap satunya didorong oleh keperluan untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur yang lebih pantas.

Kerajaan pimpinan Stalin berusahan mendorong golongan proletariatnya untuk mencapai matlamat baru ini dan bekerja lebih keras dengan memperkenalkan polisi baru bagi membolehkan produktiviti dapat dipertingkatkan.

Seorang ahli ekonomi, Yuri Larin, mencadangkan apa yang dipanggil nepreryvka atau 'minggu kerja berterusan'. Polisi ini menghapuskan pengiktirafan umum hari Ahad sebagai hari rehat dan sebaliknya menguatkuasakan minggu lima hari bekerja dengan sistem cuti pelik.

Dalam sistem mingguan yang disemak semula ini, pekerja dalam semua industri perlu bekerja selama empat hari dan berehat pada hari kelima. Uniknya ialah hari kelima ini tidak sama untuk semua individu. Sebaliknya, setiap orang akan bercuti mengikut jadual yang unik.

Yakin dengan rancangan itu, Yuri Larin berjaya mendapatkan persetujuan Stalin dan atas nama revolusi perindustrian, sistem minggu kerja baru tersebut telah dilaksanakan.

Seluruh tenaga kerja dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberikan hari cuti sama seperti sistem syif yang biasanya diamalkan dari segi jam dan bukan hari. Dengan cara ini, empat perlima daripada golongan pekerja akan bekerja pada setiap hari. Dengan cara ini, produktivi dapat dipertingkatkan.

Kegagalan sistem "nepreryvka"

kalendar kerja soviet union

Walaupun sistem kerja baru ini pada awalnya memberikan kesan yang positif, lama-kelamaan ia mula menampakkan keburukannya. Sistem bekerja secara syif ini bermakna setiap pekerja tidak lagi boleh berehat bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang bekerja dalam syif  yang berlainan. 

Sistem sosial masyarakat semakin renggang dan berantakan. Orang-orang yang biasanya ke gereja menjadi tidak konsisten dengan amalan mereka, kerana tidak ada satu hari yang diperuntukkan untuk berehat dan menunaikan ibadah secara berjemaah lagi.

Pekerja yang tidak berpuas hati mula memprotes, sedih dan marah dengan kesunyian hidup dan tekanan bekerja dengan mesin yang digunakan secara berlebihan. Sebaliknya, ketidakhadiran pekerja mula meningkat dan kadar produktiviti mulai merudum. Eksperimen golongan Sosialis yang kononnya hebat ini runtuh lebih cepat daripada yang dibayangkan.

Rakyat di seluruh negara melihat sistem itu sebagai tindakan keras terhadap tradisi ritual, memutuskan hubungan hari Ahad dengan kepentingan agama dan merampas kebebasan mereka untuk menikmati tradisi perayaan sebagai sebuah negara.

Secara keseluruhannya, kalendar baru yang diperkenalkakn kerajaan Stalin hanya menawarkan lima hari cuti umum dalam setahun apabila seluruh tenaga kerja boleh bercuti iaitu hari kematian Lenin, sambutan Hari Pekerja Antarabanngsa (2 hari pada bulan Mei) dan perayaan Revolusi Oktober (2 hari pada bulan November).

Selebihnya perayaan keagamaan tidak diraikan dan dihormati langsung. 

Pengenalan 6 hari kerja seminggu

sistem kerja 6 hari seminggu

Dalam masa tiga tahun, Stalin terpaksa masuk campur setelah melihat kritikan hebat terhadap sistem kerja baru ini semakin eningkatkan. Pada tahun 1931, Stalin memanggil keputusan itu tergesa-gesa dan mengiktiraf kekurangan tanggungjawab peribadi yang telah diwujudkan di kalangan orang ramai.

Malah, kesan negatif pengeluaran secara berterusan ke atas mesin yang digunakan turut diambil kira. Tidak lama kemudian, kerajaan Bolshevik menambah satu hari rehat kolektif pada jadual, menukar kalendar kerja kepada enam hari minggu.

Orang ramai kini akan bekerja selama lima hari dan bukannya empat, dan hari keenam yang sama akan diberikan untuk semua orang. Kalendar dari masa itu memaparkan minggu dibahagikan kepada nombor dan bukannya hari, menjejaki hari rehat mengikut jadual kerja.

Kredit:

  1. The Atlantic
  2. Cabinet Magazine
  3. History of Yesterday
  4. Financial Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)