Oleh pada 02 Mar 2018 kategori

Lauren Wasser merupakan seorang wanita cantik berusia 29 tahun. Dia ialah seorang model berjaya namun pada tahun 2012, dia kehilangan kaki kanannya akibat sindrom kejutan toksik (TSS) yang dialami - semuanya disebabkan tampon. Keadaan itu amat berbahaya dan hampir mencabut nyawanya.

Baru-baru ini, dia mengumumkan yang dia terpaksa menjalani pembedahan kedua untuk memotong kaki kirinya pula. Badan Wasser tidak berhenti menghasilkan kalsium hingga menyebabkan tulang kaki kirinya membesar disebabkan otaknya tidak dapat memproses kehilangan jari-jari kaki yang telah dipotong semasa pembedahan pertama pada tahun 2012.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pembedahan untuk memotong kaki kirinya itu tidak dapat dielakkan kerana ia mempunyai ulser yang terdedah. Wasser sentiasa dalam kesakitan hingga tidak mampu berjalan. Selain itu, dia tidak boleh membasahkan kaki kerana ulser tersebut. Hal ini amat sukar dilakukan oleh model muda dari California ini, jadi dia mengambil jalan penyelesaian dengan menjalani pembedahan memotong kakinya.

lauren wasser model kehilangan kedua dua belah kaki akibat pemakaian tampon tuala wanita 6

Semasa dia mula berasa sakit, dia hanya berusia 24 tahun. Ketika itu, ibunya yang amat risaukan anak yang lama tidak mengirimkan khabar berita telah menghantar pihak polis untuk memeriksa keadaan anaknya. Polis telah menemui Wasser dalam keadaan tertiarap di atas lantai bilik tidur sambil berlumuran muntah dan najis.

Dia tidak sedarkan diri dan doktor menyatakan jika pihak polis tiba terlewat 10 minit, dia boleh terus meninggal dunia. Semasa dikejarkan ke hospital, suhu badan Wasser mencecah 41.6 darjah Celsius. Dia juga mengalami serangan jantung dan organ dalamannya mula gagal berfungsi. Pihak hospital tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkannya dalam keadaan koma.

lauren wasser model kehilangan kedua dua belah kaki akibat pemakaian tampon tuala wanita 3

Salah seorang doktor yang sudah biasa dengan penyakit berjangkit memeriksa sama ada Wasser memakai tampon ketika itu. Setelah ujian dijalankan, doktor mengesahkan yang dia mengalami sindrom kejutan toksik. TSS merupakan jangkitan bakteria yang berbahaya dan sangat jarang berlaku. Diagnosis tepat bagi sindrom ini agak sukar dilakukan kerana simptom yang lebih kurang sama seperti penyakit lain. 

Jangkitan TSS disebabkan oleh bakteria Streptococcus atau Staphylococcus yang tidak berbahaya kerana ia sering tinggal di permukaan kulit. Namun, keadaan berubah menjadi serius apabila ia memasuki aliran darah di mana ia menghasilkan toksin yang amat berbahaya.

lauren wasser model kehilangan kedua dua belah kaki akibat pemakaian tampon tuala wanita 7

Daripada demam yang menghasilkan suhu melebihi 39 darjah Celsius, simptom akan berlanjutan seperti demam selesema biasa. Pesakit akan mula batuk, mengalami sakit kepala dan sakit otot. Simptom-simptom lain adalah seperti cirit-birit, muntah, loya, pening dan kekeliruan.

Risiko paling besar bagi golongan wanita adalah ketika datang haid dan menggunakan tampon atau selepas melahirkan. Ramai yang memandang ringan bahawa tampon perlu diganti setiap empat ke lapan jam, seperti arahan yang tertera pada pakej produk. Namun, kebanyakan wanita sering terlupa dan tidak sengaja membiarkan tampon tidak diganti semalaman.

lauren wasser model kehilangan kedua dua belah kaki akibat pemakaian tampon tuala wanita 5 216

Walaupun Wasser mengatakan yang dia kerap menukar tampon yang dipakai, kerosakan gangren pada kedua-dua kakinya sudah tidak dapat diselamatkan. Amputasi adalah jalan terakhir bagi Wasser.

Namun demikian, kehilangan kedua-dua belah kaki tidak mematahkan semangat Wasser. Dia tidak membiarkan sindrom itu merosakkan kerjayanya sebagai seorang model. Dia masih mampu mendapat kerja seperti memperagakan koleksi kasut musim cuti oleh Nordstrom dan kempen Courageous Class yang dimulakan oleh Kenneth Cole.

lauren wasser model kehilangan kedua dua belah kaki akibat pemakaian tampon tuala wanita 2

Selain itu, Wasser juga berusaha keras untuk membawa perubahan kepada rang undang-undang mengenai isu itu dengan menggesa Institut Kesihatan Kebangsaan agar membuat ujian bagi kesemua produk kesihatan feminin sebelum disahkan selamat sepenuhnya bagi para pengguna.

Wasser menyokong penuh Akta Robin Danielson yang dinamakan bersempena seorang lagi mangsa korban TSS yang telah meninggal dunia pada tahun 1998. Akta itu meminta agar Institut Kesihatan Kebangsaan menjalankan penyelidikan mengenai risiko menggunakan produk feminin. Akta Robin Danielson telah dibentang sepuluh kali di hadapan Dewan Perwakilan namun tidak pernah mendapat sebarang kata putus.

TSS mungkin sangat jarang berlaku. Akan tetapi, golongan wanita adalah yang paling terkesan. Setiap tahun, satu dalam 100,000 wanita dikesan mengalami penyakit ini. Ia mula menjadi sebutan sekitar tahun 70-an selepas beberapa wanita muda mati akibat menggunakan tampon daripada jenama yang sama. Jenama tampon yang tinggi kadar penyerapan itu akhirnya dikeluarkan dari pasaran.

lauren wasser model kehilangan kedua dua belah kaki akibat pemakaian tampon tuala wanita 4

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tampon berpenyerapan tinggi ini mengandungi buih polyester dan rayon polyacrylate yang menyerap magnesium daripada darah haid.

Pengurangan paras magnesium dalam badan menyebabkan kuman staphylococcus menghasilkan banyak toksin dan mengakibatkan sindrom kejutan toksik. Kejadian TSS paling tinggi adalah pada hari ke-4 haid apabila darah haid menjadi semakin berkurangan. Sebilangan wanita mempunyai kecenderungan alahan kepada toksin ini.

Wasser kini bercakap mengenai isu ini dan kisah hidupnya secara terbuka untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita tentang bahaya tampon serta produk feminin komersial.

lauren wasser supermodel kehilangan kaki kerana tampon

Sumber: Dailymail UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)