Sejak sekian lamanya, pihak berkuasa sukan Sri Lanka mempunyai masalah yang mungkin kedengaran pelik. Atlet mereka ramai yang secara tiba-tiba menghilangkan diri. Para atlet ini dihantar bertanding di negara luar untuk mengambil bahagian dalam acara sukan, kemudian segera melarikan diri.

Biasanya, atlet ini akan pergi ke Itali, di mana mereka akhirnya akan bekerja di kedar membuat pizza atau bekerja di kedai runcit. Malah, kes atlet-atlet mereka melarikan diri semasa kejohanan antarabangsa adalah masalah besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rekod-rekod atlet menghilangkan diri

bola baling sri lanka

Barisan pelakon dalam filem "Machan" yang mengisahkan semula kes kehilangan pasukan bola baling Sri Lanka

Semasa acara sukan 1993 di Kanada, hanya seorang daripada 11 ahli pasukan Sri Lanka pulang ke rumah. Selebihnya, termasuk beberapa ahli Persekutuan Gusti Sri Lanka, hilang begitu sahaja.

Pada tahun 2007, seorang jurulatih yang mengambil bahagian dalam acara latihan antarabangsa yang ditaja oleh Majlis Olimpik Antarabangsa hilang di Itali. Semasa Sukan Asia 2014 di Korea Selatan, seorang pemain hoki dan pemain bola tampar pantai telah hilang.

Tetapi salah satu daripada kes  yang paling terkenal telah dilaporkan pada tahun 2004, apabila seluruh pasukan bola baling Sri Lanka hilang di Jerman. Benar, keseluruhan atlet yang didaftarkan untuk bertanding tiba-tiba lesap kesemuanya dan langsung tidak beraksi dalam pertandingan tersebut.

Kes kehilangan pasukan bola baling

bola baling

Pada tahun 2003, Program Pertukaran Sukan Asia-Jerman (AGSEP), sebuah organisasi yang menjalankan acara sukan dan pertukaran antarabangsa antara pasukan sukan Sri Lanka dan Eropah, menerima panggilan daripada pengarah di Kementerian Sukan Sri Lanka tentang rancangan menganjurkan perlawanan pameran bola baling dengan pasukan kebangsaan Jerman.

Bola baling jarang dimainkan di Sri Lanka dan oleh itu Kementerian Sukan Sri Lanka mengupah jurulatih bola baling bernama Athula Wijenayaka untuk melatih sekumpulan individu lelaki dan mnubuhkan sebuah pasukan bola baling untuk tujuan tersebut. 

Pada mulanya, pasukan bola baling Jerman akan datang ke Sri Lanka untuk perlawanan persahabatan di Minuwangoda, sebuah bandar di sebelah barat pulau itu. Kemudian, pasukan Sri Lanka akan terbang ke Jerman, untuk kejohanan 10 perlawanan.

Wijenayaka hanya mempunyai beberapa minggu untuk menyediakan pemain Sri Lanka untuk perlawanan persahabatan mereka dengan Jerman. Latihan diadakan beberapa kali seminggu, di mana para pemain mempelajari asas permainan tersebut.

Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai pengalaman bola baling, tetapi mereka tidak perlu untuk menjadi hebat dalam permainan. Mereka hanya perlu kelihatan seperti mereka tahu apa yang mereka lakukan.

perlawanan bola baling sri langka

Seorang pemain yang turut melarikan diri dan hanya mahu dikenali sebagai Chandana yang berusia 28 tahun pertama kali mendengar tentang "skim" itu pada tahun 2002 daripada abangnya yang sudah tinggal di Itali. Abangnya berjanji akan membayar perbelanjaan untuk membawa Chandana ke Itali.

Sebaik sahaja Chandana mendapat pekerjaan, dia perlu membayar balik kepada abangnya. Apa yang dia perlu lakukan ialah belajar bermain bola baling. Chandana tidak pernah bermain bola baling sebelum ini, tetapi dia bermain bola tampar di sekolah menengah.

Jadi ia tidak mengambil masa yang lama untuk dia mempelajari asas bola baling - Dua separuh masa 30 minit, seorang pemain boleh berlari tiga langkah tanpa menggelecek bola dan menjaringkan gol. Itu sahaja yang Chandana perlu ingat.

Pada perlawanan pameran itu, pasukan bola baling Jerman membelasah pasukan tuan rumah 36 berbalas 2. Walaupun persembahan yang menyedihkan, Dietmar Doering, pengasas AGSEP, dan pegawai Jerman menjemput pasukan Sri Lanka ke Jerman untuk kejohanan bola baling di sana.

Beberapa minggu kemudian, pasukan Sri Lanka yang terdiri daripada 23 anggota tiba di Wittislingen, sebuah bandar di selatan Jerman, pada sebelah petang sebelum kejohanan ditetapkan untuk bermula. Mereka mengambil kesempatan itu untuk keluar bersiar-siar.

Kemudian mereka bertemu dengan Datuk Bandar bandar itu, mengambil gambar dan makan malam dengan pemain lain dari Jerman. Mereka mengambil kesempatan itu untuk berseronok dengan menyanyi dan menari bersama-sama. 

Rancangan melarikan diri

nota kehilangan

Pada perlawanan pertama, pasukan itu dibelasah lagi. Kali ini, Sri Lanka tidak memperoleh satu mata pun. Pada malam itu, pasukan Sri Lanka sekali lagi dijemput untuk makan malam dan mereka turut menyanyi bersama dan meraikan malam itu. 

Pada pukul 5 pagi, sebelum subuh, pasukan itu keluar dari bilik hotel mereka dengan hanya membawa beberapa pakaian dan keperluan lain. Mereka meninggalkan nota, berterima kasih kepada orang Jerman atas layanan mereka. "Kami akan ke Perancis," tulisan dalam nota tersebut.

Sebenarnya, mereka semua akan ke Itali. "Kami tahu daripada saudara-mara dan rakan-rakan kami, sebaik sahaja kami tiba di Itali, tiada cara untuk menghantar kami pulang," kata Chandana. “Orang Itali sangat mesra, dan mereka suka kami bekerja di restoran mereka.

Selain itu, orang Sri Lanka di Itali tidak mempunyai masalah dengan polis. Mereka tidak terlibat dalam dadah atau sebarang aktiviti jenayah lain di sana dan disebabkan itulah ramai orang Sri Lanka bertindak melarikan diri ke sana atas tujuan untuk mencari pekerjaan yang lebih baik di sana.

Misteri penubuhan pasukan bola baling

perlawanan pertunjukan bola baling 979

Apabila kes sebegini terjadi, pihak media segera mempersoalkan adakah Dietmar Doering pengasas AGSEP dalang di sebalik rancangan menghilangkan diri ini. Akhbar Fox News malah mendakwa bahawa pasukan bola baling itu penuh dengan pengganas Tamil yang telah diseludup ke Jerman.

Apabila pihak media menghubungi Kementerian Sukan Sri Lanka, mereka menjawab  bahawa bola baling jarang dimainkan di Sri Lanka dan pembentukan pasukan kebangsaan bagi sukan itu adalah misteri. Sejurus selepas kejadian itu, kedutaan Jerman menyenaraihitamkan AGSEP daripada menyertai acara sukan di negara itu lagi.

Dalam tempoh sedekad, lebih separuh daripada 23 pemain bola baling Sri Lanka telah pulang semula ke tanah air. Chandana yang mendedahkan mengenai kisah ini mengatakan dia kembali selepas enam bulan kerana anaknya sakit. Dia juga mengatakan tidak berjaya mendapatkan pekerjaan seperti yang telah dijanjikan. 

Kredit:

  1. VICE
  2. BBC News
  3. MEL Magazine



Hakcipta iluminasi.com (2017)