Oleh pada 05 Apr 2017 kategori

la sp messi argentina copa 20160613 snap

FIFA telah menggantung bintang sensasi Argentina Lionel Messi sebanyak 4 perlawanan antarabangsa sebagai hukuman kepada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) kerana pergolakan politik mereka sebelum ini, kata presiden baru persatuan bola sepak itu, Claudio Tapia.

skysports lionel messi messi argentina 3919106

Ketua pasukan Argentina itu yang digantung juga dikenakan denda sebanyak $10,160 USD oleh panel disiplin FIFA di atas tindakan tidak wajar yang dilakukannnya ketika kempen kelayakan Piala Dunia menentang Chile bulan lalu. Selepas Argentina tewas 2-0 di tangan Bolivia Selasa lalu, beliau akan terlepas lagi 3 perlawanan daripada baki 4 perlawanan yang tinggal.

Dalam insiden itu, Messi kelihatan seperti mengatakan sesuatu kepada penolong pengadil 1 yang ditafsirkan FIFA sebagai sebagai tindakan yang melampau. Bintang Barcelona itu menegaskan bahawa beliau tidak bersalah di dalam sepucuk surat kepada FIFA selepas digantung. Beliau mengatakan menengking "udara" tanpa niat, hanya untuk melepaskan geram, dan bukanlah bertujuan memaki hamun pegawai perlawanan.

FIFA menganggap tindakan Messi itu telah melanggar peraturan dengan mempamerkan "kelakuan buruk" terhadap penjaga garisan itu, namun surat yang dihantar Messi itu mendakwa kata-katanya sama sekali tidak ditujukan kepada pegawai tersebut.

c8j bamumaaqnxq

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya memaki pembantu pengadil 1 ketika perlawanan menengang Chile, dan lebih-lebih lagi tidak percaya bahawa tindakan saya itu jatuh di bawah artikel 57 kod tatatertib FIFA. Pembantu pengadil 1 tersebut berasal dari Brazil dan beliau memahami sepenuhnya apa yang saya katakan, jadi kami bercakap secara baik dan tidak langsung kata-kata saya menghina beliau

- Lionel Messi

table

Argentina yang kini berada di tangga ke 5 di bawah Chile, Colombia, Uruguay dan Brazil dalam kempen kelayakan Piala Dunia berhadapan kemungkinan gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Pada kempen kelayakkan ini, Argentina memperoleh 15 daripada 18 mata dengan kehadiran Messi, dan hanya mengutip 7 daripada 24 mata, tanpa Messi.

Berbaki lagi 4 perlawanan dengan 22 mata, ianya bukanlah satu misi yang mustahil, namun ia juga boleh ditafsirkan sebagai satu usaha yang sangat sukar bagi mereka tanpa kehadiran pemain tonggak Lionel Messi bagi 3 perlawanan akan datang.

hd claudio tapia afa president tuc0pfqciprz1pja59gck070c

"Bagi saya, ianya adalah sesuatu yang mustahil untuk memikirkan bahawa Argentina tidak dapat beraksi di pentas Piala Dunia. Saya tidak dapat nak bayangkan bagaimana,"

- Claudio Tapia

Claudio Tapio menuduh FIFA menjadikan Messi sebagai kambing hitam untuk memberikan mesej politik kepada AFA. Persatuan bolasepak Argentina itu mengalami pergolakan politik yang agak teruk berikutan kematian peneraju persatuan itu sebelum ini iaitu Julio Grondona.

Rentetan tuduhan rasuah yang dikemukakan oleh AFA telah membuatkan FIFA campur tangan dengan menamakan panel kecemasan untuk menguruskan hal ehwal AFA. Januari lalu, pemain Argentina melancarkan mogok dan kempen bola sepak di Argentina disekat selama 2 bulan berikutan tuduhan persatuan itu tidak membayar gaji kepada pemain.

"Kami menganggap hukuman ini sebaga mesej dari FIFA," kata Tapia. "Kami rasa ini adalah satu cubaan untuk menjadikan kami sebagai contoh dengan menggunakan Lionel Messi kerana kes ini langsung tiada kena mengena. 


Diterjamah dari : ESPN FC


tags : , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)