Oleh pada 28 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Selepas 18 hari tayangan di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura, filem komedi seram, Hantu Kak Limah (HKL) berjaya mengumpul kutipan pecah panggung sebanyak RM32.5 juta!

Difahamkan filem yang memecah rekod kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tanah air ini masih mendapat sambutan hangat di kalangan penonton.

lebih dahsyat ini kutipan filem hantu kak limah selepas 18 hari tayangan 2

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Filem arahan Mamat Khalid dan terbitan Astro Shaw serta Infinitus Gold itu juga berjaya menempatkan diri di kedudukan pertama kutipan panggung sekaligus mengenepikan filem-filem antarabangsa yang lain.

Untuk rekod, HKL merupakan filem keempat dalam siri Kampung Pisang yang didahului Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah serta Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

HKL mengisahkan peristiwa haru-biru yang berlaku di Kampung Pisang selepas kematian mengerikan Kak Limah di sebuah kebun.

Dibintangi nama-nama popular, antaranya Datuk Awie, Zul Ariffin, Ropie, Uqasha Senrose dan Delimawati.




Hakcipta iluminasi.com (2017)