Satu penemuan yang agak mengejutkan telah berlaku di Australia Barat iaitu kulat yang dibaluti emas.

Menurut laporan, kulat ini menarik zarah emas dari sekelilingnya yang membuatkan bahagian luarannya kelihatan keemasan.

Ia bukanlah sesuatu yang biasa bagi cendawan untuk "menyedut" bahan organik, tetapi ia berlaku kepada kulat ini untuk menarik logam berat yang kemudiannya dipamerkan di bahagian luar badan, kata penyelidik Dr. Tsing Bohu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Tetapi emas sangat tidak aktif secara kimia membuatkan interaksi ini adalah sesautu luar biasa dan mengejutkan. Anda harus melihatnnya untuk percaya," kata Dr. Tsing Bohu.

Kulat itu yang dikenali sebagai Fusarium oxysporum, dikatakan wujud untuk menghasilkan "superoksida" kimia yang benar-benar boleh melarutkan dan kemudian merembeskan emas.

fusarium oxysporum kulat serap emas

Selepas menyedut emas, kulat ini kemudian mencampurkan emas yang dilarutkan dengan bahan kimia lain untuk mengubahnya menjadi emas padat.

Zarah emas kemudian melekat pada kulat itu sendiri. Kajian baru yang menarik ini diterbitkan dalam jurnal Nature Communications.

Penemuan itu telah mengejutkan para saintis yang masih belum dapat menentukan dengan tepat mengapa interaksi ini berlaku.

Salah satu teori ialah zarah emas sebenarnya memberikan kelebihan evolusi kepada kulat.

kulat cendawan warna emas

Kulat berlapiskan emas direkodkan bersaiz lebih besar dan berkembang lebih cepat daripada kulat yang tidak berinteraksi dengan emas.

Zarah-zarah emas juga mungkin dapat membantu kulat untuk lebih mencerna beberapa bentuk makanannya dan dengan itu berkembang dengan lebih besar serta lebih cepat.

Para saintis juga percaya bahawa interaksi aneh ini dapat menunjukkan bahawa ada deposit emas yang ada di bawah Bumi di mana kulat itu ditemui.

Dengan penyelidikan lanjut, saintis berharap untuk menentukan sama ada kulat ini boleh digunakan sebagai alat penerokaan semulajadi untuk mendedahkan lebih banyak sumber logam emas di Australia yang diramalkan akan mengalami penurunan yang drastik di masa depan.

Cendawan yang "mencintai" emas ini mungkin menawarkan kaedah semula jadi lain untuk mengesan deposit emas yang sangat berharga.

emas dijumpai di australia

Saskia Bindschedler, ahli mikrobiologi dari Universiti Switzerland Neuchatel tidak terlibat dalam kajian itu, tetapi percaya bahawa ia telah membuka penjelajahan tentang penggunaan yang luar biasa oleh mikrob.

Emas semulajadi biasanya terbentuk pada suhu yang sangat tinggi di beratus-ratus ribu kaki di bawah permukaan Bumi.

Hakisan sering menolak logam berharga ini lebih dekat ke permukaan Bumi, namun ia masih jauh untuk dikesan manusia.

Keupayaan kulat ini untuk menarik zarah-zarah emas ke dalam tubuhnya mungkin akan memberi organisma ini peranan yang lebih besar dalam penggerudian kurang invasif, bukan sahaja mengesan logam bawah tanah tetapi juga menariknya keluar dari tanah. 

Semasa interaksi kulat ini dengan emas, logam kehilangan elektron dan menjadi lebih larut sehingga dapat bergerak ke atas ke arah permukaan, walaupun melalui air bawah tanah.

Walaupun merupakan salah satu pengeluar logam emas terbesar di dunia, pengeluaran emas Australia dijangka bakal menurun secara mendadak dalam tempoh 5 tahun akan datang disebabkan oleh lombong yang semakin menua yang cepat kehabisan sumber logam berharga.

Anggaran S & P Global meletakkan pengeluaran emas Australia di kedudukan ke-4 dunia menjelang 2024, dengan China, Kanada, dan Rusia berada di senarai teratas.

Rujukan:

1. Scientist

2. Livescience




Hakcipta iluminasi.com (2017)