Oleh pada 08 Apr 2018 kategori

Walaupun keadaan negara kita pada hari ini boleh dikatakan aman tanpa kekacauan yang mampu mengganggu gugat ketenteraman awam, namun pastinya ada di antara kita yang masih ingat akan kejadian-kejadian buruk yang pernah menggegarkan Malaysia pada satu ketika dahulu.

Antara insiden yang memberikan impak kepada keamanan negara, termasuklah krisis tebusan Bangunan AIA. Insiden ini berlaku di Bangunan AIA (American Insurance Associates) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada hari Isnin, 4 Ogos 1975 dan berlangsung selama beberapa hari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kumpulan militan Japanese Red Army

tentera merah jepun

Ia dilakukan oleh Japanese Red Army (JRA) atau Tentera Merah Jepun, yang merupakan sebuah kumpulan militan komunis yang juga serpihan kepada Liga Tentera Merah Komunis Jepun. Matlamat utama kumpulan ini adalah ingin menghapuskan monarki dan kerajaan Jepun, serta melancarkan revolusi seluruh dunia.

Tentera Merah Jepun adalah dalang disebalik banyak serangan dan pembunuhan pada tahun 1970-an termasuklah pembunuhan besar-besaran di Lapangan Terbang Lod di Tel Aviv.

Insiden 4 Ogos 1975

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 6

Pada 4 Ogos 1975, bangunan AIA di Jalan Ampang yang juga merupakan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden telah diserbu dan diserang oleh 5 anggota kumpulan Tentera Merah Jepun.

Sebanyak 53 orang dijadikan tebusan yang mana majoritinya adalah rakyat Malaysia, termasuklah konsul Amerika Syarikat dan timbalan duta besar Sweden. Kesemua 53 orang tebusan ini kemudiannya dikumpulkan di tingkat 9 bangunan ini bagi tempoh yang lama iaitu 79 jam, lebih daripada 3 hari.

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 5

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 9

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 4 167

Untuk mereka melepaskan tebusan-tebusan ini, kumpulan komunis ini menuntut agar beberapa pemimpin mereka yang dipenjarakan dibebaskan. Ia membuatkan kerajaan Malaysia terpaksa berunding dengan kerajaan Jepun demi keselamatan tebusan-tebusan tersebut.

Jika permintaan mereka tidak dipenuhi, kesemua 53 orang tebusan akan ditembak seorang demi seorang. Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Abdul Razak dan Mohammed Hanif Omar adalah ketua polis negara.

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 3

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 8

Pada mulanya, Menteri Komunikasi iaitu Tan Sri Manickavasagam dipertanggungjawabkan dalam rundingan antara JRA, kerajaan Jepun, Sweden dan Amerika Syarikat. Namun, ianya tidak membuahkan apa-apa hasil. 

Kemudian, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Ghazalie Shafie mengambil alih tugas berat tersebut dan  terlibat secara dekat dalam rundingan tersebut, walaupun ketika itu beliau berada di Jakarta.

Rundingan Ghazali Shafie

ghazali shafie krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 2

Dengan kepintaran dan kebijakan Ghazali yang diberi nama jolokan "King Ghaz", usaha beliau telah berjaya membuahkan hasil. Kesemua tahanan wanita kecuali kedutaan Sweden telah dibebaskan JRA, hasil daripada rundingan pertama.

Bagi menjaga maruah Jepun, kerajaan mereka tidak bersetuju membebaskan banduan-banduan yang merupakan pemimpin-pemimpin JRA dari penjara. Namun, hasil daripada ketegasan dan diplomasi Ghazali, kerajaan Jepun terpaksa akur.

Selepas 3 hari berunding, untuk tidak menginginkan perkara yang lebih buruk berlaku, akhirnya kerajaaan Jepun mengalah dan bersetuju membebaskan 5 pemimpin kumpulan ini. Banduan-banduan itu kemudiannya dihantar dari Jepun dan Sweden menggunakan Pesawat Jepun DC-8 ke Kuala Lumpur.

2 tokoh Malaysia dijadikan tebusan

Timbalan Menteri Pengangkutan dan Setiausaha Agung Kementerian Dalam Negeri ketika itu, Dato' Ramli Omar dan Tan Sri Osman Samsuddin telah ditukar dengan pengganas ini sebagai tebusan bagi mengiringi mereka dan memastikan keselamatan mereka terjamin.

samsuddin osman krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 2 105

Kumpulan ini kemudiannya menaiki pesawat DC-8 bersama-sama pemimpin-pemimpin mereka dan juga dua tokoh Malaysia tersebut. Pesawat DC-8 itu berlepas ke Libya dan tiba di Lapangan Terbang Tripoli pada 8 Ogos 1975, selepas berhenti di Colombo.

Di Libya, kumpulan ini dilindungi oleh diktator Muammar Gaddafi yang pada ketika itu menyokong pelbagai organisasi keganasan termasuklah PLO dan IRA. Kedua-dua pemimpin Malaysia dihantar pulang ke Malaysia pada 10 Ogos tanpa sebarang kecederaan.

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 00

krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 001 831

Antara tebusan-tebusan yang merupakan warga asing:

  1. Robert C. Stebbins - Konsul Amerika Syarikat
  2. Fredrik Bergenstråhle - Pegawai Kedutaan Sweden
  3. Ulla Odqvist - Setiausaha Kedutaan Sweden
  4. Gerald Lancaster - Rakyat Amerika Syarikat, 50 tahun
  5. Trudy Lancaster - Rakyat Australia, 32 tahun
  6. Vick Lancaster - Rakyat Australia, 11 tahun
  7. Rodney Lancaster - Rakyat Australia, 10 tahun
  8. Adrian Lancaster - Rakyat Australia, 9 tahun

Insiden tembakan pegawai keselamatan

sukdave singh krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 2

Walaupun dilaporkan tiada apa-apa pertumpahan berlaku sepanjang insiden yang berlangsung selama 4 hari ini, namun seorang pegawai keselamatan telah ditembak. Sukhdave Singh, seorang pegawai keselamatan yang pada ketika itu berusia 29 tahun merupakan satu-satunya individu yang mengalami kecederaan. 

Pada hari kejadian, Sukhdave yang ketika itu pembantu ketua pegawai keselamatan sepatutnya bertugas bersama-sama 2 orang yang lain. Namun, salah seorang daripadanya bercuti manakala seorang lagi tidak sihat, membuatkan beliau bertugas berseorangan.

sukdave singh krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah 4

Pengurus pejabat AIA, Robert Leong memberitahu Sukhdave bahawa berlakunya rompakan di tingkat 9 bangunan itu iaitu pejabat agensi AIA. Sukhdave yang ingin menyiasat apa yang berlaku lantas menaiki lif ke tingkat 9 bersama-sama ketua keselamatan, Mahinder Singh.

Sejurus setelah lif sampai di tingkat 9, Sukhdave menjenguk sedikit kepalanya keluar daripada lif dan melihat ke arah kiri di mana terletaknya pejabat AIA.

Sukhdave tidak bersenjata ketika itu, namun menurutnya, mungkin disebabkan serban yang dipakainya menyerupai serban polis, menyebabkan salah seorang pengganas yang berada di bahagian konsul Amerika Syarikat melepaskan tembakan mengenai kepalanya.

"Peluru memasuki bahagian kepala saya melalui bahagian bawah mata kanan dan tembus ke belakang,". jelas Sukhdave.

Sukdave yang ketika itu dipenuhi darah meyangkakan Mahinder yang menembaknya. 

sukdave singh krisis tebusan bangunan aia 1975 oleh tentera jepun merah

Mahinder kemudiannya membawa Sukhdave ke klinik yang terletak di bangunan itu. Di atas keberanian Sukhdave, beliau dianugerahkan Anugerah Kehormatan Keberanian dari Persatuan Pekerja Kedutaan Amerika.

Kesan daripada insiden ini

Antara banduan-banduan yang dibebaskan oleh kerajaan Jepun adalah Kunio Bano yang telah dipenjarakan atas peranannya dalam insiden Asama-Sanso yang mengorbankan 3 nyawa.

Kunio juga dipercayai membantu rampasan pesawat Penerbangan Jepun Airlines 472 dari Paris ke Tokyo pada tahun 1977 yang memaksa pesawat itu mendarat di Dhaka, Bangladesh.

Kunio kini bebas dan dilaporkan menghabiskan masanya di antara tahun 1997 hingga 2007 di Rusia, China, Filipina dan Jepun.

Kedutaan Amerika Syarikat dipindahkan ke lokasi baru iaitu di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak pada tahun 1990an.

34 tahun kemudian iaitu pada 16 September 2009, Raja Sweden iaitu King Carl XVI Gustaf telah menganugerahkan Royal Order of the Polar Star kepada Tan Sri Samsuddin dan disampaikan oleh kedutaan Sweden ke Malaysia, HE Helena  SÃ¥ngeland.




Hakcipta iluminasi.com (2017)