Dalam dunia pekerjaan, kesetiaan anda kepada syarikat belum tentu menjanjikan anda akan kaya raya lebih-lebih lagi sekiranya jawatan anda bukanlah bertaraf eksekutif dan keatas.

Namun, bagi seorang wanita bernama Judy Tong Wenhong, kesetiaannya bersama syarikat Alibaba Group yang diasaskan oleh Jack Ma boleh dikatakan sangat berbaloi. Bermula daripada jawatan sebagai penyambut tetapi, beliau kini menyandang jawatan "Chief People Officer" di syarikat tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kepercayaan Alibaba kepada wanita hebat ini bertepatan dengan falsafah Jack Ma bahawa "Wanita Adalah Resipi Kejayaan Sesebuah Syarikat".

Permulaan kerjaya bersama Alibaba

judy tong wenhong 581

Judy Tong Wenhong memulakan kerjayanya bersama syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba ketika usianya 30 tahun. Tanpa pengalaman dalam kerja yang dimohonnya, beliau memohon jawatan pembantu tadbir di syarikat itu tetapi gagal dalam temu duga pertamanya.

Beliau cuba memohon jawatan tersebut untuk kali kedua tetapi hanya diberi peluang untuk menjawat jawatan sebagai penyambut tetamu untuk bekerja di meja hadapan. Namun, konflik dengan rakan sekerja mengakibatkan beliau mengambil keputusan mengejutkan untuk melepaskan jawatannya hanya satu minggu kemudian sebelum menyertainya semula. 

Walaupun permulaan kerjayanya nampak goyah, kegigihannya itulah yang akhirnya dapat membantunya untuk kekal bekerja dengan cemerlang dengan syarikat ini. Rakan-rakan sekerja amat menyanjung tinggi pandangan jauhnya dan ketelitiannya dalam pekerjaannya sebagai penyambut tetamu.

Ramai pekerja yang memperhatikan bagaimana dia gemar melakukan kerja-kerja tambahan di luar skop tugasnya antaranya memaklumkan jadual kereta api Hangzhou-Shanghai kepada rakan-raka-sekerjanya yang dalam perjalanan perniagaan ke Shanghai, menyimpan minuman sejuk untuk staf pada musim panas atau membantu pelanggan yang mempunyai pertanyaan.

Tawaran saham syarikat Alibaba

nwdn file temp 1604992494501

Kerja kerasnya dihargai. Setahun kemudian, beliau dipindahkan ke bahagian sokongan pelanggan. Tiga bulan selepas itu, beliau kembali ke bahagian pentadbiran, tetapi kal ini beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah. 

Melihatkan kepada ketekunannya bekerja, Jack Ma menuntut kesetiaannya bersama syarikat itu dengan menawarkan kepadanya 0.2% saham syarikat dan mengatakan nilainya boleh meningkat sehingga USD $100 juta apabila syarikat tersebut berjaya disenaraikan dalam pasaran saham.

penyambut tetamu ali baba

Kenaikan pangkatnya berterusan selama enam tahun, memperoleh beberapa kenaikan pangkat dari menguruskan pusat khidmat pelanggan dan jabatan sumber manusia hingga akhirnya menjadi Naib Presiden jabatan yang berbeza antara tahun 2007 - 2013.

Selama bertugas sebagai Naib Presiden di berbagai jabatan berlainan, dia menghadapi banyak cabaran yang menguji keberaniannya sebagai pemimpin. Antara pencapaiannya yang terkenal termasuklah menguruskan West Lake Internet Symposium, sebuah acara besar di mana dia berjaya menguruskan projek pembinaan usaha sama kumpulan yang diawasinya dengan berkesan.

Penjualan IPO dan berstatus jutawan

jualan ipo alibaba

Peranan Judy Tong dalam memerangi penyebaran wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut) di syarikat itu pada tahun 2003 juga sangat dipuji. Dia bertanggungjawab untuk melaporkan keadaan darurat kepada pemimpin kanan, selalu berhubungan dengan pengawal keselamatan, memasang peralatan pemindahan kecemasan dan banyak lagi.

Alibaba telah melancarkan Cainiao, sistem logistik berpusat dengan kerjasama syarikat lain di mana pengasas Alibaba Jack Ma bertugas sebagai Presiden sementara Judy Tong mengambil peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi.

Pada tahun 20104, Judy Tong adalah antara 27 rakan kongsi pertama di Alibaba dan salah satu daripada 8 rakan kongsi wanita ketika syarikat itu tampil di Bursa Saham New York. Ketika itulah Alibaba melakar sejarah sebagai IPO A.S. terbesar, mengumpulkan $21.8 bilion untuk syarikat dan pelabur.

Harga IPO Alibaba $68 per saham meletakkan nilai keseluruhan syarikat pada $170.8 bilion, menjadikannya syarikat ke-23 paling berharga di Standard & Poor, di hadapan syarikat besar teknologi lain seperti Amazon pada $150 bilion dan eBay pada $65 bilion.

jutawan alibaba judy tong penyambut tetamu

Judy Tong pada masa kini berfungsi sebagai Chief People Officer Alibaba, mengasah bakat staf dan membangunkan budaya organisasi, termasuk pengembangan dan strategi dalam syarikat.

Perjalanan kerjayanya daripada hanya seorang penyambut tetamu sehinngga berjaya memegang jawatan sebagai salah satu daripada 27 rakan kongsi Alibaba adalah bukti pentingnya ketekunan dan dedikasi sebagai membuka jalan menuju kejayaan dalam bidang pekerjaan. 

Kredit:

  1. Bloomberg
  2. NextShark



Hakcipta iluminasi.com (2017)