Mungkin ini tidak sering terjadi tetapi kadang-kala kita akan mendengar kisah tentang individu mengatasi segala kekurangan untuk membantu orang lain dan ia benar-benar mengubah perspektif dunia anda. Dan sudah tentu kisah Jix Haixia dan Jia Wenxi ini adalah antara salah satu daripadanya.

Jika anda lihat pada tanah di Kampung Yeli di Perbandaran Sunzhuang, China, sangat sukar untuk membayangkan bahawa 12 tahun yang lalu, dataran ini tidak memiliki apa-apa selain daripada batu dan rumpai. dipenuhi dengan apa-apa selain batu dan rumpai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Transformasi ajaib itu semuanya adalah berkat kerja keras dan dedikasi seorang lelaki buta tua bernama Jia Haixia dan rakannya, Jia Wenqi, yang kudung kedua-dua belah tangan.

jia wenqi mendukung jia haixia di belakangnya untuk menyeberangi sungai

Selama lebih dari 10 tahun, kedua-dua orang kurang upaya ini telah menanam ribuan pokok dalam usaha untuk melindungi dan memelihara ekologi semulajadi tanah di sekitar kampung mereka.

Jia Haixia yang berusia 53 tahun dilahirkan dengan katarak kongenital, yang membuatkan mata kirinya menjad buta. Kemudian pada tahun 2000, dia kehilangan sebelah lagi penglihatannya di tempat kerja membuatkannya buta sepenuhnya.

Jia Wenxi yang juga berusia 53 tahun kehilangan keseluruhan kedua-dua belah tangannya dalam satu kemalangan ketika baru berusia 3 tahun.

Selepas Haixia buta sepenuhnya, kedua-dua rakan karib ini mengalami kesukaran untuk mendapatkan kerja.

Jadi, mereka memutuskan untuk memajak lebih 8 ekar tanah berhampiran tebing sungai dari kerajaan tempatan dengan matlamat menanam pokok untuk generasi akan datang.

jia wenqi dan jia haixia warga emas tanam lebih 10 000 pokok di china 2

jia wenqi dan jia haixia bekerjasama mengatasi kekurangan masing masing

Ketika dalam usaha ke arah matlamat mulia ini, Haixia dan Wenqi juga dapat membantu melindungi kampung mereka daripada banjir dan dalam masa yang sama memperoleh pendapatan sederhana daripada pembiayaan kerajaan.

Setiap pagi, Haixia dan Wenxi akan bangun seawal jam 7 pagi dan kemudian keluar untuk bekerja seharian.

Dengan wang yang tidak berapa banyak untuk membeli anak pokok dari kedai, mereka bergantung untuk mendapatkan anak pokok dengan mengambil keratan dari pokok-pokok matang dan menanamnya untuk mencipta kehidupan baru.

Setelah bertahun-tahun hidup dan bekerjasama, pasangan itu telah benar-benar faham bagaimana untuk bekerjasama untuk mengatasi masalah kecacatan individu mereka.

jia haixia memanjat pokok untuk memotong anak pokok dan jia wenqi ditugaskan menyiram pokok

jia haixia memanjat pokok untuk memotong anak pokok dan jia wenqi ditugaskan menyiram pokok 2 737

Wenqi yang kudung tangan sering membawa Haixia yang buta di belakangnya menyeberangi sungai, sementara Haixia yang mempunyai kaki dan tangan yang sempurna memainkan peranan memanjat ke puncak pokok untuk memotong dahan-dahan yang akan dijadikan anak baru.

Setelah turun daripada pokok, Haixia menggali lubang di tanah untuk menanam keratan dan adalah menjadi tanggungjawab Wenqi untuk menjaga anak pokok yang tumbuh dengan menyirami mereka.

Dengan sistem kerja yang unik ini, 2 rakan kurang upaya ini menganggarkan bahawa mereka telah menanam lebih dari 10,000 pokok dalam masa satu dekad.

rakan warga emas jia haixia dan jia wenqi bekerjasama dalam menjaga alam sekitar

Haixia dan Wenqi telah menerima banyak perhatian dan sokongan selepas berita heroik mereka menjadi tular di China.

Menurut media Hebei Haoren, beberapa jiwa yang bermurah hati telah menyumbangkan wang untuk memberikan pencen kepada kedua-dua warga emas ini bagi membantu hidup mereka.

Satu lagi artikel dari Agensi Berita Xinhua berkongsi berita gembira bahawa Haixia mungkin dapat melihat semula melalui mata kirinya berkat daripada pasukan profesional penjagaan kesihatan yang sanggup melakukannya secara percuma.

Sesungguhnya kisah seperti ini patut dijadikan teladan dan inspirasi kepada kita dengan tubuh badan yang sempurna untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik.

jia haixia memanjat pokok untuk memotong anak pokok dan jia wenqi ditugaskan menyiram pokok 3

rakan warga emas jia haixia dan jia wenqi bekerjasama dalam menjaga alam sekitar 4

rakan warga emas jia haixia dan jia wenqi bekerjasama dalam menjaga alam sekitar 5

rakan warga emas jia haixia dan jia wenqi bekerjasama dalam menjaga alam sekitar 3

Rujukan:

1. My Modern Met

2. Metro UK

3. One Green Planet




Hakcipta iluminasi.com (2017)