Sekiranya Steve Jobs menubuhkan Apple, Jeff Bezos menubuhkan Amazon, Bill Gates menubuhkan Microsoft dan Mark Zuckerberg menubuhkan Facebook, lain pula kisahnya dengan Elon Musk. Walaupun nama lelaki antara terkaya di dunia ini begitu sinonim dengan syarikat Tesla, beliau bukanlah pengasasnya!

Namun, beliau telah membuatkan Tesla seolah-olah miliknya sendiri selama bertahun-tahun, melabur lebih awal dan kemudian mengawasi pertumbuhannya dari pembuat kereta mewah khusus hingga menghasilkan pengeluaran besar-besaran, menambah perniagaan solar dan membangunkan teknologi pemanduan sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk rekod, Elon Musk sebenarnya adalah CEO ke-4 Tesla ketika dia mengambil peranan itu pada bulan Oktober 2008. Jika dilihat secara umumnya, pencapaian Elon Musk dengan Tesla sangat membanggakan apabila berjaya berjaya menaikkan nama Tesla yang hanya suam-suam kuku sahaja suatu ketika dahulu.

Penubuhan Tesla 

sejarah tesla

Tesla, Inc., sebelumnya Tesla Motors, merupakan pengeluar kenderaan elektrik dari Amerika. Ia ditubuhkan pada tahun 2003 oleh usahawan Amerika Martin Eberhard dan Marc Tarpenning dan dinamakan sempena pencipta Amerika dari Serbia, Nikola Tesla.

Tesla Motors dibentuk untuk membangunkan sebuah kereta sport elektrik. Martin Eberhard adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Marc Tarpenning Ketua Pegawai Kewangan (CFO). Pembiayaan untuk syarikat itu diperoleh dari pelbagai sumber, terutamanya pengasas PayPal Elon Musk, yang menyumbang lebih dari $30 juta pada awal kemunculannya dan berkhidmat sebagai Ketua Syarikat, mulai tahun 2004.

Pada akhir tahun 2007 Martin Eberhard  mengundurkan diri sebagai CEO dan Presiden Teknologi dan berperanan sebagai lembaga penasihat syarikat. Walaupun diumumkan pada tahun 2008 bahawa beliau telah meninggalkan syarikat itu, beliau tetap mempunyai pegangan saham dalam Tesla.

Marrlc Tarpenning, yang juga Naib Presiden Kejuruteraan Elektrik yang mengawasi pemmbangunan sistem elektronik dan perisian untuk model Roadster yang dikeluarkan Tesla, juga meninggalkan syarikat itu pada tahun 2008. Musk kemudiannya mengambil alih tugas sebagai CEO. Pada tahun 2010 tawaran awam awal Tesla berjaya mengumpulkan sekitar $226 juta.

Martin Eberhard

martin eberhard

Martin Forest Eberhar, lahir 15 Mei 1960, adalah seorang jurutera dan eksekutif perniagaan Amerika. Beliau bersama-sama mengasaskan Tesla, Inc. (ketika itu Tesla Motors) bersama Marc Tarpenning dan berkhidmat sebagai CEO pertamanya hingga tahun 2008. 

Minatnya terhadap kereta sport, kebergantungan pada minyak import dan pemanasan global menyebabkan dia menubuhkan syarikat automobil pertama Silicon Valley yang menghasilkan prototaip kereta yang dikenali sebagai "AC Propulsion tzero". Pada tahun 2003, beliau bekerjasama dengan Marc Tarpenning dan menjadi CEO pertama Tesla Motors, sebuah syarikat kereta elektrik di San Carlos, California.

Pada 30 November 2007, pihak Tesla mengeluarkan kenyataan mengenai peralihan jawatannya kepada Lembaga Penasihat. Majalah Fortune melaporkan pada bulan Disember 2007 bahawa Elon Musk telah meminta beliau untuk meninggalkan jawatannya itu bukan kerana perbezaan ideologi, tetapi beliau tidak melihat peranan yang sesuai untukk Martin Eberhard di Tesla. 

Walau bagaimanapun, Martin Eberhard mengesahkan dalam wawancara dengan CNBC pada bulan Oktober 2019 bahawa dia masih merupakan pemegang saham Tesla dan masih bersama-sama dengan Tesla bagi memastikan kejayaan syarikat yang ditubuhkannya itu. 

Marc Tarpenning

marc tarpenning

Lahir 1 Jun 1964, Marc Tarpenning adalah jurutera dan usahawan Amerika. Dia bersama-sama mengasaskan Tesla bersama Martin Eberhard pada tahun 2003. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Naib Presiden (Kejuruteraan Elektrik) Tesla sehingga 2008.

Beliau pada awal kerjayanya banyak membangunkan produk perisian dan firmware untuk beberapa syarikat termasuk Seagate Technology dan Bechtel dan kemudian berkhidmat sebagai Naib Presiden kejuruteraan di Packet Design, sebuah syarikat teknologi rangkaian.

Pada tahun 1997, Marc Tarpenning dan Martin Eberhard mengasaskan NuvoMedia, sebuah syarikat yang membina e-book terawal dikenali Rocket Book pada tahun 1998. Pada tahun 2000, Gemstar – TV Guide International telah mengambil alih NuvoMedia dengan harga $187 juta.

Pada tahun 2003, beliau dan Martin Eberhard bekerjasama lagi dan menubuhkan Tesla Motors (sekarang Tesla Inc.). Beliau terus berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Naib Presiden Kejuruteraan Elektrik di Tesla sehingga 2008.

Kemasukan Elon Musk

ac propulsian tzero 111

Kedua-dua pengasas bersama Tesla menceritakan pengalaman pertama mereka bertemu dengan Elon Musk di sebuah perhimpunan untuk anggota Mars Society dan berkongsi minat yanng sama dalam dunia penerokaan angkasa. Kejadian ini berlaku sebelum Elon Musk memulakan syarikat SpaceX.

Pada tahun 2003, Elon Musk yang ketika itu berusi 32 tahun sudahpun menjadi jutawan hasil kejayaannya dengan Paypal dan SpaceX. Ketika itu, beliau terinspirasi untuk mencipta sebbuah kereta elektrik selepas mencuba sendiri kereta elektrik "tzeo" keluaran AC Propulsian.

AC Propulsian pada awalnya tidak berminat untuk mengkomersialkan kereta tersebut dan CEO syarikat tersebut mencadangkan beliau berjumpa dengan pengasas pembuat kereta elektrik, Tesla Motors yang turut mahu menngkomersialkan kereta tzero tersebut.

Elon Musk ketika itu terlalu sibuk dengan Paypal dan SpaceX dan tidak mempunyai masa untuk menubuhkan sebuah lagi start-up baru. Beliau berpendapat, adalah lebih baik bergabung sahaja dengan Tesla Motors untuk menjimatkan masanya.

Dengan wang yang diperoleh beliau sebagai pengasas bersama PayPal yang dibeli eBay dengan harga $1.5 bilion pada tahun 2002, beliau melaburkan $6.3 juta untuk memulakan Tesla Motors pada tahun 2004. Tidak lama kemudian, Tesla mula menghadapi masalah kewangan akibat masalah percaturan kewangan model kereta Roadster mereka.

Elon Musk akhirnya mencalonkan dirinya sebagai CEO pada Oktober 2008 setelah memutuskan untuk melaburkan lebih banyak kekayaan peribadinya ke dalam syarikat itu. Baginya, terlalu sukar untuk mencari CEO lain yang berkelayakan kerana Tesla bukan syarikat kenderaan gas biasa dan mempunyai budaya syarikat start-up.

Kredit:

  1. CNBC
  2. Britannica Encyclopaedia
  3. Wikipedia [1] [2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)