Oleh pada 01 Jun 2017 kategori

pasangan bahagia

Semua orang tahu kepentingan wanita yang hamil untuk menjaga makan, makan makanan berkhasiat dan perlu ambil vitamin. Namun tak ramai yang tahu apakah nutrien yang penting dan apa kepentingan nutrien-nutrien tersebut kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. 

Iluminasi.com ingin berkongsi kepentingan nutrien-nutrien yang penting bagi ibu hamil yang diberikan sendiri oleh Poliklinik Az-Zaara

1. Folic acid

asid folik 2

Tak ramai yang tahu sebenarnya ibu hamil perlu ambil folic acid 3 bulan sebelum mengandung. Jadi, jika anda merancang untuk mengandung, pastikan ambil folic acid 3 bulan sebelum untuk pastikan kandungan folate dalam badan mencukupi untuk pembentukan saraf tunjang pada peringkat awal pembentukan janin.

asid folik 872

Pada peringkat awal ni, hampir semua ibu belum tahu dia mengandung, biasa selepas 4-5 minggu mengandung baru tahu. Jadi anda dah terlepas 4-5 minggu yang sangat penting, jika kandungan folate dalam badan ibu tidak mencukupi, tinggi risiko pembentukan saraf tunjang bayi tidak sempurna.

2. Zat besi

zat besi tablet

Obimin, iberet, zinc coffer dan ferrous tablet adalah contoh ubat yang mengandungi zat besi yang tinggi. Zat besi sangat penting semasa mengandung. Tahu tak kenapa? Sebab semasa mengandung, permintaan untuk sel darah merah meningkat mendadak. Semakin besar kandungan, semakin tinggi permintaan untuk menambah sel darah merah ibu. Ini kerana semakin bayi membesar, placenta semakin membesar dan pertukaran oksigen dan nutrient di plasenta juga meningkat.

makanan tinggi zat besi

Jadi lebih banyak darah diperlukan untuk pertukaran ini berlaku. Zat besi adalah komponen utama dalam pembentukan sel darah merah. Sebab itu sel darah merah sangat diperlukan sewaktu mengandung, terutama apabila memasuki trimester kedua dan ketiga. Sebaiknya teruskan memakan ubat zat besi ini sehingga selepas bersalin untuk mengekalkan sel darah merah kekal pada tahap normal selepas bersalin. Kita sedia maklum, semasa dan selepas bersalin, ibu kehilangan banyak darah terutama jika pembedahan czer dilakukan.

3. Vitamin C

vitamin c tablets

Vitamin C bukan hanya penting untuk kulit yang cantik. Vitamin C juga adalah salah satu nutrient penting semasa mengandung. Ini kerana vitamin C memainkan peranan penting dalam membantu badan menyerap zat besi yang dimakan. Bukan semua zat besi dalam ubat tersebut akan diserap oleh badan. Kebanyakannya akan dibuang bersama-sama najis.

vitamin c 411

Sebab itu ada ibu yang complain najis berwarna hitam selepas makan ubat tambah darah. Sesetengah orang juga mempunyai kesukaran menyerap zat besi yang dimakan, terutama jika cara pemakanan ubat zat besi tidak betul. Jadi vitamin C la yang membantu memaksimumkan penyerapan zat besi dalam badan. Biasanya vitamin C sudah ditambah sekali dalam ubat tambah darah seperti obimin dan iberet.

4. Vitamin B complex

vitamin b kompleks

Vitamin ini juga sangat penting. Sesetengah ibu bukan hanya mengalami kekurangan sel darah merah kerana kekurangan zat besi atau dipanggil iron deficient anemia, ada juga ibu yang mengalami apa yang dipanggil B12 deficiency anemia. Jadi B complex juga termasuk dalam nutrient penting semasa mengandung. Namun ia adalah lebih jarang berlaku berbanding iron deficient anemia.

5. Kalsium

kalsium

Kalsium adalah salah satu nutrient terpenting semasa mengandung. Akibat mengandung, terdapat perubahan hormon pada badan wanita, mereka mungkin mengalami kekurangan kalsium akibat perubahan ini. Selain itu, kalsium juga penting untuk pertumbuhan tulang bayi. Kekurangan kalsium pada ibu akan menyebabkan pembentukan tulang yang rapuh dan tidak normal pada bayi.

6. Vitamin D

vitamin d

Vitamin D terbetuk secara semulajadi didalam badan apabila kulit mendapat sinaran cahaya matahari. Sekiranya anda bekerja didalam pejabat, kurang mendapat sinaran matahari terutama pada waktu pagi, anada berisiko mendapat kekurangan vitamin D. Vitamin D penting sebagai pembantu dalam penyerapan calcium didalam usus. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan calcium yang dimakan dari makanan harian dan supplement tablet kalsium tidak dapat diserap oleh badan. jadi ia akan membazir. Jadi penting juga untuk mendapat sedikit cahaya matahari terutama pada waktu pagi sebelum tengah hari.

7. Zinc

zinc

Zinc cuma diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Biasanya mencukupi sekiranya anda mengambil makanan mengikut piramid makanan. Namun semasa mengandung, selera makan yang berkurangan, dicampur dengan permintaan tinggi untuk bayi, mungkin zinc juga akan berkurangan. Zinc penting untuk pembentukan sistem antibodi, pembentukan sel-sel bayi dan terlibat dalam badan menyediakan tenaga sewaktu mengandung. Jika selalu penat sewaktu mengandung, jangan lupa ambil supplement yang mengandungi zinc.

8. DHA dan EPA (Omega 3)

omega 3

DHA dan EPA adalah rantai lemak yang tidak tepu. Ianya sangat penting dalam pembentukan otak yang sihat dan pembentukan sel-sel lain. Struktur luar sel adalah terdiri daripada rantaian lemak, jadi DHA dan EPA sangat penting semasa pembentukan sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang rosak. Ia boleh didapati dari minayk ikan, namum sekiranya diambil secara terus dari ikan laut dalam, ikan tersebut mengandungi kandungan merkuri yang agak tinggi berbanding makanan lain yang tidak sesuai sewaktu mengandung. Jadi lebih baik dapatkan ia dalam bentuk kapsul yang telah diproses.

Semoga bermanfaat


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)