Oleh pada 16 Feb 2018 kategori

Sumber foto: malaysiandigest.com

Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang awam dipercayai bookie dikenakan reman selama 6 hari di Mahkamah Majistret 3 Kuching, semalam, bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan mengatur perlawanan selepas dipercayai menerima atau meminta suapan.

Majistret Portia Tham Ong Leng mengizinkan reman selama 6 hari kepada pemain dua pemain Sarawak itu dan suspek dipercayai bookie itu sehingga 21 Februari ini. 

Ketiga-tiga suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dzulkarnain Rousan Hasbi selaku Pegawai Penyiasat SPRM melakukan permohonan dan tiada peguam yang mewakili ketiga-tiga suspek . 

Dua pemain yang masing-masing berumur 28 dan 29 tahun itu dipercayai terbabit mengatur perlawanan semasa saingan LIga Premier di Stadium Sarawak Sabtu lepas yang memperlihatkan Sarawak tewas kepada Felcra FC 2-3, biarpun berada di hadapan 2-0 pada separuh masa pertama.

Terdahulu, FAS memberitahu pihaknya sedang membuat siasatan dalaman setelah mendapat laporan beberapa pemain pasukan bola sepak negeri itu terbabit dengan aktiviti mengatur perlawanan.

"Sekiranya benar, pemain disyaki akan digantung daripada pasukan. FAS juga ingin memohon maaf kepada semua pihak khasnya kesemua penyokong terhadap keputusan di luar jangkaan semalam (Rabu) biarpun kemenangan sudah hampir berada di tangan kita," ujar FAS menerusi kenyataan terdahulu.

Sumber berita: Astro Awani & Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)