Oleh pada 04 Mar 2017 kategori

Syabu adalah dadah yang popular di masa kini. Ianya membelengu ramai anak muda yang tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sekali sehingga boleh membuatkan mereka bertindak aggresive untuk mendapatkannya. Paling aku geram, tokan-tokan syabu ini ada yang sengaja memujuk mangsa untuk mencuba buat pertama kalinya agar mereka ketagih dan akan mengulangi pembelian syabu melaluinya (repeat order).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Syabu memang dadah yang patut diperangi dan dihapuskan dari negara kita. Harganya yang mahal (100miligram lebih kurang RM50 ke RM70) membuatkan ramai penagih syabu sanggup melibatkan diri dengan jenayah seperti ragut, rompak dan mencuri untuk memenuhi kehendak mereka. Ada juga yang sanggup membunuh keluarga sendiri. Jadi anda, perlu tahu serba sedikit maklumat mengenai syabu untuk mengenalpasti sama ada orang terdekat terlibat dengan ketagihan syabu ataupun tidak.

Tanda ketika awal kesan pengambilan syabu

Antara tanda awal seseorang itu menghisap syabu ialah self-confident yang tinggi. Mereka akan menjadi sangat ramah, orang yang tidak kenal mereka pun boleh jadi kawan untuk pertemuan kali pertama. Anda mulakanlah bicara tentang apa-apa topik pun, pasti mereka juga sama arif setanding dengan pengetahuan anda. Perasaan ceria dan gembira dicampur dengan mulut yang ramah pasti membuatkan anda senang bersama mereka. Namun ianya hanya untuk seketika.

viral gambar awek hisap syabu ais ice batu

Tanda hujung-hujung kesan pengambilan syabu (di jalanan orang gelar sebagai 'kong')

Mereka akan bertukar dari seorang yang ceria kepada orang yang sangat resah. Riak wajah pun boleh terlihat seakan-akan ada seribu masalah menimpa mereka sekelip mata. Dalam situasi ini, penagih akan berasa tidak selesa dan tidak senang. Buka kipas dengan kelajuan nombor 5 pun boleh membuatkan mereka berpeluh. Ditambah pula sekiranya stok syabu sudah tiada, bertambah resahlah mereka. 

Ada juga tabiat rutin bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang tu dia akan mengetap gigi, ada sesetengah tu akan basuh muka kerapkali, ada sesetengah tu mengesat-ngesat mata dan muka. Hal-hal ini terjadi kerana muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini akan berulang untuk mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan itu. 

Pada saat "kong" ini, emosi mereka akan jadi tidak stabil. Mereka boleh mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba. Masa ini lah tiba-tiba keluar kisah cinta lama lah, sedih dengan masyarakat lah, kawan-kawan aniaya dia lah dan bermacam-macam lagi cerita penuh emosi yang akan keluar dari mulut mereka.

kesan syabu pada wajah penagih

Tanda-tanda fizikal

Ini diceritakan oleh ramai orang yang pernah mengambil syabu bahawa syabu sangat membantu dalam menambah tempoh berjaga dan tidak tidur. Disebabkan hal ini, penagih syabu akan berubah menjadi kurus dalam tempoh yang amat singkat. Ada juga yang boleh dilihat pada wajahnya seperti dibawah mata menjadi kehitaman (eye-bag), muka bertambah jerawat dan lemak di pipi menjadi kurang (wajah cekung)

Kesan jangka masa panjang

Berdasarkan cerita daripada orang yang selalu menguruskan penagih syabu dan rakan-rakan sendiri, untuk tempoh jangka masa panjang syabu boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh. Ada juga kes dimana seorang penagih syabu ini jatuh basikal secara perlahan, namun kakinya boleh patah. 

Diantara kesan jangka masa panjang yang lain ialah, penyakit mental seperti halusinasi, paranoia, perubahan pada struktur otak dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, penagih syabu yang 'extreme' ni boleh jadi gila terus.

syabu 100 gram rm60

Cerita kebiasaan berdasarkan pengalaman

Ramai penagih syabu ni sebenarnya meronta-ronta untuk cuba meninggalkan dadah ini tapi tidak berhasil kerana kesan ketagihannya adalah amat kuat sekali. Kerana malu diketahui orang ramai, biasanya penagih syabu akan kaitkan masalah kesihatan dan masalah mental mereka dengan perkara-perkara mistik seperti gangguan jin dan hantu. Kebanyakan ibu bapa terpedaya dengan tipu muslihat anaknya berkaitan jin dan hantu ini. Pada ketika inilah anda boleh lihat bomoh dan pawang-pawang diluar sana diperbodohkan oleh penagih syabu. Hehehehe.

Antara perkara yang patut diperhatikan

Sekiranya anak anda selalu keluar rumah dan pulang dalam keadaan mencurigakan, cuba elak dan tahan mereka dari keluar rumah untuk satu tempoh tertentu, contohnya antara 4 ke 5 hari. Lihat reaksi mereka kalau tiba-tiba aggresive lain macam tu kena bagi 'extra care' lah nampak gayanya. Kebarangkalian tinggi dia akan mengamuk kalau tak dapat 'topup' syabu dalam badan mereka. Menggigil-gigil mereka nanti sebab tu mengamuk adalah jalan mudah bagi mereka untuk keluar rumah. 

bakar syabu atas foil

Hisap syabu menggunakan foil secara terus

Salah sangka dikalangan ibu bapa

Bila anak-anak mereka terlibat dengan ketagihan syabu, mereka menyembunyikan hal ini kerana takut dimalukan atau mungkin kerana terlalu sayangkan anak mereka. Ramai yang takut ahli keluarga mereka ditangkap polis sehingga sanggup menyembunyikan hal sebenar. Sebenarnya, membiarkan anak anda tidur di lokap buat beberapa hari boleh memberi sedikit kesedaran kepada mereka (bagi pengguna syabu yang baru). Namun kalau dah extreme tu susah juga nak sedarkan mereka.

Ada juga sesetengah ibu bapa, menghantar anak mereka ke sekolah pondok dan hantar mereka keluar dari daerah/negeri bagi mengelakkan mereka dapat membeli syabu dari tokan yang dikenali mereka. Namun bagi penagih syabu tegar, selagi duduk dalam Malaysia, mereka akan cari syabu walau ke lubang cacing sekalipun.

peralatan menghisap syabu ais batu crystal meth kits

Kalau nak hantar anak keluar kawasan, pastikan hantar terus ke luar negara. Solusi ini sangat berkesan dan terbukti dapat mengubati ketagihan syabu bagi sesetengah orang. Dan apabila mereka pulang ke Malaysia, elakkan mereka berkawan dengan rakan-rakan atau teman-teman lamanya yang disyaki terlibat sama dalam najis dadah ini.

Peralatan-peralatan yang digunakan untuk menghisap syabu

Semua gambar di bawah ini adalah gambar dari pihak polis dan ada juga yang diambil oleh keluarga penagih sendiri. Jangan terkejut ya, bukan lelaki sahaja yang menjadi penagih syabu, malah perempuan juga ramai.

Jadi pastikan anda selalu mengawasi anak-anak anda tidak kiralah lelaki atau perempuan. Check juga beg mereka, bilik mereka dan juga telefon pintar mereka. Sekiranya terjumpa, anda sendiri tentukan apa yang patut dilakukan kepada anak anda.

img 20190701 141158

Peralatan mengisap syabu, ais, batu atau boleh juga digelar serbuk kristal

img 20190701 141139

Balang menghisap ais dijumpai dalam beg anak perempuan

img 20190701 141112

Dapur syabu yang diperbuat daripada botol kaca ditemui oleh abang kepada penagih. Disembunyikan di tempat yang tak dijangka.

img 20190701 141049

Lagi peralatan menghisap syabu

img 20190701 141029

Balang ais / dapur syabu / bong batu ; (gambar kanan) cara ais dibungkus oleh tokan tokan kecil.

fb img 1561961280779

Peralatan menghisap syabu dikatakan sebagai peralatan menghisap sheesha oleh penagih. (Gambar dikantoikan oleh keluarga sendiri)

fb img 1561961138740

Lighter yang diubahsuai untuk menghasilkan api kecil. Tujuannya adalah untuk membakar syabu ice secara perlahan-lahan. Kalau api besar, membazir kata mereka (penagih syabu).




Hakcipta iluminasi.com (2017)