Pelakon Fatin Afeefa bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang dalam satu majlis yang melibatkan keluarga dan sahabat terdekat pada 30 Disember lalu.

Majlis yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya itu diketahui umum selepas jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa berkongsi fotonya sedang menyolek pengantin di laman Instagram miliknya.

Iluminasi kongsikan 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang aktres jelita ini.

Bersuamikan Aliff Awang, Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Fatin Afeefa

fatin afeefa 990

1. Beliau mencatatkan bilangan pengikut seramai 1.5 juta di laman perkongsian foto Instagram.

fatin afeefa umur

2. Antara drama dan telefilem yang berjaya menempa namanya sebagai pelakon seperti Red Velvet, Semusim Rindu, Kekasih Paksa Rela, Monalisa, Jodoh-Jodoh Annisa, Asalkan Dia Bahagia, Cindai, The Gadis, Ganjil, Korban Penunggu Hospital dan Kisah Seram Hospital, termasuk filem Tentang Bulan, 9 September dan Hospital.

fatin afeefa kahwin 545

3. Bukan sahaja mengagumkan dengan bakat lakonan, figura jelita ini juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Dia pernah mendapat perhatian pengikut Instagram selepas menunjukkan kebolehan menyanyi termasuk menerusi lagu Wajah Kekasih oleh Siti Nurhaliza dan Saat Hilang Cintamu (Siti Sarah). Ketika itu dia sedang bersahaja menyanyi dalam keadaan baring, duduk dan meniarap!

   

adam shahz 855

4. Antara lagu single yang berjaya mengharumkan namanya sebagai penyanyi seperti Satu Jam Saja, Ke Pangkal Kasih dan Cinta Terhenti.

suami fatin afeefa 783

5. Dia pernah menjadi salah seorang peserta pertandingan nyanyian Vokal Mania 2020, namun dia mengumumkan terpaksa menarik diri atas sebab masalah kesihatan walaupun layak ke peringkat separuh akhir.

fatin afeefa instagram

6. Persembahan duetnya bersama Tomok menerusi lagu Satu Hati Sampai Mati (nyanyian asal Elsa Pitaloka dan Thomas Arya) di Vokal Mania pada minggu keempat menjadi bualan ramai dan tular di media sosial. Jalinan keharmonian vokal antara mereka diteruskan menerusi single duet berjudul Demi Cinta Ini yang menjadi sohor di laman YouTube dengan tontonan sudah mencecah 4 juta.

   

aliff awang

7. Dia pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Noki K Clique dan Nazim Othman, namun menyangkal dakwaan itu dengan menjelaskan hubungan mereka hanya sebagai kawan.

   

aliff awang forex

8. Difahamkan, dia sudah dua kali berkahwin, namun butiran perkahwinan pertamanya dirahsiakan daripada umum. Apa yang diketahui, dia mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian hasil perkongsian hidup itu, sebelum menerima anak keduanya, Ivy Herra Sophia (perempuan) dengan aktor Adam Shahz dalam perkahwinan kedua pada 21 Disember 2013, yang bagaimanapun berakhir dengan perceraian secara baik pada 30 Mei 2017.

   

aliff awang umur

9. Baru-baru ini pada 30 Disember 2022, Fatin telah sah bernikah dengan Aliff Awang, jutawan pelaburan saham dalam talian, dalam satu majlis yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

10. Pada Oktober 2022, dia mendedahkan melalui siaran langsung di TikTok bahawa dia sudah tidak memenuhi undangan lakonan selama hampir setahun dan membayangkan telah berhenti berlakon kerana mahu meninggalkan dunia seni, berikutan tekanan diterima anak-anaknya daripada kontroversi yang menyelubungi dirinya.

   

aliff awang biodata

aliff awang fatin

Untuk biodata asas Fatin, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Fatin Afeefa

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Adam Shahz, Bekas Suami Fatin Afeefa

Kredit foto: Instagram Fatin Afeefa

Kredit video: (OST Shakira)Tomok & Fatin Afeefa - Demi Cinta Ini (Official Music Video)

Sumber:

1. Pintu hati tertutup untuk bersuami – Fatin Afeefa

2. Fatin Afeefa, Noki K-Clique hanya kawan




Hakcipta iluminasi.com (2017)