Oleh pada 18 Apr 2017 kategori

ben pasternak jutawan muda

Mesti anda sudah mendengar banyak cerita mengenai mereka yang gagal dalam pelajaran di peringkat universiti, mahupun sekolah menengah, berjaya menjadi jutawan. Betul, rezeki ada di mana-mana, dan segulung ijazah itu bukanlah penentu masa depan anda. Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Mereka tidak mempunyai sijil pelajaran di peringkat tinggi, namun membuktikan bahawa pengalaman hidup lebih penting daripada sekeping sijil.

Namun kali ini, kami ingin berkongsi mengenai remaja pintar ini yang sudah bergelar jutawan, di usia semuda 17 tahun.

ben dijemput oleh google

Beliau adalah Ben Pasternak, yang lahir dan membesar di Sydney, Australia. Beliau merupakan 'high-school dropout' yang dilaporkan telah mencipta aplikasi telefon pintar yang bernilai jutaan dolar USD, namun apabila beliau ke Amerika Syarikat untuk menandatangani perjanjian perniagaan, beliau masih memerlukan ibu bapanya kerana masih di bawah umur.

18 bulan lalu, ketika berumur 15 tahun, aplikasi permainan ciptaannya, Impossible Rush telah menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia melalui Apple App Store. Beliau dilaporkan mencipta aplikasi itu ketika bosan semasa berada di dalam kelas sains. Sejak itu, beliau menjadi terkenal, serta mendapat jemputan melawat syarikat-syarikat besar seperti Google dan Facebook. Beliau juga ditawarkan biasiswa daripada Apple's Worldwide Developers Conference pada bulan Jun.

impossible rush menjadi tumpuan

Dalam masa setahun sahaja, beliau telah mendapat dana daripada pelabur Silicon Valley, dan dengan serta merta berhenti daripada sekolahnya di Sydney dan berpindah ke New York. Kini beliau adalah ketua pegawai eksekutif bagi syarikatnya, Flogg Inc.

Hari ini, beliau dikenali di New York sebagai seorang usahawan dan dilaporkan tinggal di sebuah apartment di Hell's Kitchen dengan bayaran sewa $5,000 USD sebulan dan membayar $160 USD hanya untuk memotong rambut.

ben kini tinggal di new york 931

Usaha barunya selepas Impossible Rush juga membuahkan hasil, apabila 'Monkey', aplikasi video-chat sekali lagi menjadi tumpuan. Aplikasi ini mensasarkan untuk membantu remaja mencari dan membina persahabatan dalam suasana yang selamat. Ia mempunyai ciri-ciri yang tidak bertoleransikan pembulian siber dan ugutan, dan juga mengambil langkah luar biasa untuk mengekalkan suasana yang selamat kepada komuniti aplikasi tersebut.

'Monkey' mendapat sambutan yang hangat, mencecah 250 juta panggilan di antara pengguna-pengguna semenjak 20 Mac. Ia juga telah menarik perhatian CEO Apple, Tim Cook, yang telah mengucapkan tahniah kepada Ben dengan menghantar e-mail peribadi.

Apabila ditanya mengenai kunci kejayaannya, remaja kelahiran 'Land Down Under' ini menjawab dengan ringkas dan rendah diri.

"Bekerja dengan gigih dan berterusan," kata Ben Pasternak.

ben dan drake 357

Ben yang diberi nama jolokan "The next Mark Zuckerberg", memberitahu beliau tidak memberi perhatian kepada perkara seperti itu. "Saya tidak memikirkan tentang label, namun saya gembira untuk mencipta dan membina produk yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di seluruh dunia. Cara saya melihat kejayaan adalah melalui jumlah orang yang saya dapat memberi kesan positif dalam kehidupan seharian mereka," tambahnya lagi.

flogg ciptan ben

Berikutan kejayaannya yang lalu, kini syarikatnya telah membangunkan sebuah aplikasi baru yang diberi nama Flogg. Aplikasi ini menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi eBay dan Tinder, yang membolehkan remaja berjual beli dengan cara 'swiping'. Beliau mencipta aplikasi itu setelah menyedari rakannya di Sydney yang menjual barang-barang yang tidak diingini di grup Facebook.

Kini Ben menjalankan syarikatnya yang bernilai $2 juta USD yang mempunyai 7 orang anggota sambilan, yang kebanyakkannya remaja dan generasi muda awal 20-an. Ketua pegawai operasinya yang berumur 30 tahun kemungkinan adalah anggota yang tertua di syarikatnya.

Jadi, kepada mereka yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu, jangan ragu-ragu untuk mengejarnya. Mungkin ramai yang tidak bersetuju untuk anda berbuat sesuatu, tetapi hanya anda yang mampu memberikan kegembiraan kepada diri sendiri, dengan berbuat sesuatu yang anda suka, dan juga menguntungkan.

Sumber :

1. Mail Online

2. Foss Bytes


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)