Kredit foto: Instagram Elly Mazlein 

Antara nikmat terbesar seorang kanak-kanak bila tibanya Aidilfitri adalah merasai pemberian duit raya daripada golongan dewasa.

Anak penyanyi Elly Mazlein iaitu Putri Sara Sefhia antara yang tidak terlepas rutin tersebut. 

Lebih menarik, sebagai anak selebriti semestinya Sefhia menerima tumpuan yang lebih berbanding kanak-kanak lain.

Elly dalam kenyataan terbarunya mendedahkan jumlah duit raya terbanyak yang diterima Sefhia daripada seorang individu. 

jumlah duit raya anak elly mazlein yang mengejutkan ramai 2

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Persiapan Sefhia cukup meriah sebab seronok. Raya tahun ini dia sudah besar dan faham. Dia sudah pandai tengok orang main mercun dan bunga api. Orang-orang di sekeliling pun rasa kasihan tengok dia yang tak tahu apa-apa. Banyak baju dia saya tempah sedondon dengan abah, malah ada yang diberi orang. Rezeki anak sangat murah hingga ada individu beri duit raya RM3,000. Itu belum masuk wang yang dikirim peminat.

Sumber: BH Online

Tambah Elly lagi, dia cukup bertuah menerima kehadiran Sefhia dalam hidupnya kerana kelahiran anak sulung itu membuatkan dia terasa lebih disayangi dan diterima ramai.

Bagi Elly, Sefhia adalah pengganti ibunya yang telah pergi. 

jumlah duit raya anak elly mazlein yang mengejutkan ramai 3

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Malah, saya rasa lebih diterima dan disayangi. Paling terasa apabila ada Sefhia sebagai pengganti mama. Kalau dulu, setiap minggu saya kerap ziarah pusara mama sebab sunyi, tetapi sejak ada anak, dialah peneman hidup saya.

Sumber: BH Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)