Oleh pada 20 Nov 2017 kategori

Kredit foto: instaonline.com.my

Sekali lagi nama Shahir AF seakan tenggelam dan menghilangkan diri semula daripada industri hiburan selepas isu hutangnya timbul ketika baru sahaja menamatkan perjuangan di Konsert Akhir AF Megastar,

Sehingga hari ini, ramai yang tertanya ke mana hilangnya penyanyi itu dan yang lebih penting, hutangnya juga masih belum dilangsaikan.

isu hutang rupanya shahir berdiam diri kerana 2

Kredit foto: azhan.co

Ketika persoalan itu berlegar di fikiran netizen, ruangan Mary Jane di akhbar Utusan Mingguan melaporkan penyanyi ini rupanya sedang mengadakan perbincangan dengan peguamnya.

"Ada teman Mary beritahu, kononnya bukan Shahir tak mahu jelaskan keadaan. Tapi dia kini sedang berbincang dengan pihak peguamnya apa kenyataan yang terbaik mampu diberikan kepada semua pihak," dakwa Mary Jane.

Namun Mary Jane mempersoalkan tempoh masa yang diambil Shahir agak lama hingga masih tiada penyelesaian dibuat sehingga ke hari ini.

"Oh, ya ke begitu? Entahlah! Mary rasa macam lama benar Shahir nak berbincang tu. Sudahnya, tak ke mana pun, semua cerita kekal terbiar tanpa penyelesaian yang baik," katanya lagi.

isu hutang rupanya shahir berdiam diri kerana 3

Kredit foto: Beautifulnara

Terdahulu, penyanyi ini pernah menimbulkan kontroversi kerana dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan seorang pramugari dikenali sebagai Mona Syamimi, walaupun beliau menafikannya.

Susulan itu, Shahir mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, aktres Erra Fazira pada tahun hadapan.

Sumber berita: Utusan Mingguan & Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)