Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Sudah namanya rezeki, sememangnya tiada siapa yang berhak menghalang.

Demikian yang boleh disimpulkan mengenai nasib aktres Mira Filzah yang mencetus fenomena tersendiri selepas beberapa tahun terjun ke bidang lakonan.

    

mira filzah biodata

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Tahun lalu, beliau dinobat dengan gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

Ia rentetan fenomena yang dicetuskan menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, selain siri Sweet Dreams yang turut menerima pujian ramai.

    

boyfriend mira filzah 778

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Selain bergiat sebagai pelakon, beliau turut meneroka beberapa cabang seni lain pada ketika namanya sedang memuncak dalam bidang hiburan ini.

Tidak dinafikan dirinya kini merupakan antara pelakon yang sedang laris memenuhi pelbagai tawaran.

   

wan emir astar mira 482

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Namun ramai yang barangkali tidak tahu tentang latar belakang mengenai pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman ini.

Aktres berusia 27 tahun ini merupakan bekas lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam bidang perniagaan antarabangsa.

    

wan emir mira 722

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Pernah memegang tanggungjawab sebagai hos program Qari Junior, Hijabista dan KLTV, beliau juga pernah menyara kehidupan sebagai seorang blogger.

    

wan emir astar 988

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Selebihnya, bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki ini adalah antara pelajar cemerlang ketika zaman pengajiannya di usia remaja.

    

biodata wan emir astar 430

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Sumber:

1. OHSEM!! Inilah Pekerjaan Gadis Comel Mira Filzah Sebelum Bergelar Pelakon... Pergh Bukan Calang-Calang Orang!!

2. Wikipedia Mira Filzah

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)