Kredit foto: Instagram Wawa Zainal

    

Pasangan pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan sekitar hiasan dalaman di beberapa sudut kediaman mereka.

Menerusi perkongsian foto di laman sosial Instagram, kelihatan perabot, susun atur dan perhiasan mahligai pasangan suami isteri ini yang cukup mewah juga eksklusif.

    

rumah wawa zainal

rumah aeril zafrel

instagram aeril zafrel

instagram wawa zainal

Kredit: Instagram Wawa Zainal, Instagram Aeril Zafrel & Lentera Creative Home

    

Mengiringi gambar-gambar yang dimuat naik, Aeril dan Wawa melahirkan penghargaan kepada Lentera Creative Home yang bertanggungjawab sebagai khidmat perunding hiasan dalaman mereka.

Kebanyakan netizen yang terpegun, membanjiri ruangan komen dengan menyatakan keterujaan menyaksikan dekorasi yang dipilih hingga menurut rata-rata, kerja pengubahsuaian itu secara tidak langsung telah membuatkan ruangan privasi seisi keluarga ini tampak mahal.

    

Baca: Biodata Pelakon Aeril Zafrel

Baca: Biodata Pelakon Wawa Zainal

    

wawa zainal dan aeril zafrel

kekayaan wawa zainal

kekayaan aeril zafrel

perniagaan aeril zafrel wawa zainal          

Kredit: Instagram Wawa Zainal, Instagram Aeril Zafrel & Lentera Creative Home

    

Lama bekerja keras, inilah hasil yang diterima daripada titik peluh mereka berdua yang cemerlang dalam bidang perniagaan kosmetik diceburi.

Difahamkan, pasangan selebriti popular yang semakin jarang muncul di kaca televisyen ini telahpun menjadikan dunia perniagaan sebagai keutamaan dalam menjana pendapatan.

Malah mereka juga tidak menafikan khabar angin yang mengatakan mereka sudah mencapai status jutawan selepas lebih tiga tahun berkecimpung mengusahakan bisnes sendiri.

Untuk info, Wawa dan Aeril yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2013, sehingga kini dikurniakan tiga orang anak, iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.

     

suami wawa zainal 531

Kredit: Instagram Aeril Zafrel

       

Kredit video: Kediaman Modern English Wawa Zainal & Aeril Zafrel | Ilham Impiana 360

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)