Pernahkah anda minum susu unta? Susu unta boleh mencecah RM120 seliter dan jika dibandingkan dengan susu lembu, ia sekitar 30 kali ganda lebih mahal.

Tetapi untuk beratus-ratus tahun, unta digunakan untuk menghasilkan susu, yogurt malah keju. Jadi, mengapa susu unta diperah dan apa yang membuatkannya tersangat mahal?

Susu unta mungkin tidak sepopular susu lembu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berbanding dengan 600 juta metrik tan susu lembu yang dihasilkan di seluruh dunia, hanya kira-kira 3 juta tan susu unta dihasilkan setiap tahun.

Walau bagaimanapun, susu unta merupakan makanan ruji yang sangat penting di seluruh Afrika dan Timur Tengah, dan sesetengah budaya bergantung padanya.

mengapa susu unta sangat mahal

Somalia dan Kenya sahaja menghasilkan 64% daripada keseluruhan susu unta dunia. Camelicious di Dubai mempunyai lebih dari 6,000 ekor unta di ladangnya dan menghasilkan 4 juta liter susu setiap tahun.

Menurut Mutasher Al Badry, Timbalan Pengurus Besar Camelicious, orang-orang di Timur Tengah berhubung dengan unta untuk pengangkutan dan makanan, dan pemakanan utama mereka adalah susu unta dan kurma.

Jadi, ini merupakan sejarah yang sangat panjang dan lama.

Permintaan susu unta meningkat setiap hari dan Camelicious berhadapan dengan cabaran iaitu memenuhi permintaan kerana permintaan adalah sangat tinggi berbanding bekalan.

camelicious pengeluar susu unta dubai

Permintaan yang tinggi mengekalkan harga yang tinggi, dan profil susu unta sebagai makanan kesihatan baru telah meningkatkan jualannya.

Ia mempunyai lebih rendah lemak tepu, mempunyai 10 kali vitamin C dan mempunyai lebih banyak kalsium serta kalium berbanding susu lembu.

Kebaikan dan kelebihan ini menyebabkan ramai orang mula menggunakannya sebagai ubat alternatif, walaupun terdapat bukti yang sangat terhad.

Sokongan selebriti dalam talian juga telah menyebabkan lebih ramai orang mencuba susu unta.

Walaupun ladang-ladang unta baru muncul di seluruh dunia, populariti susu ini masih terhad dan di Eropah masih terdapat 12,000 ekor lembu bagi setiap ekor unta.

proses memerah susu unta sangat rumit dan memenatkan

Dan walaupun jika anda mempunyai banyak unta, mendapatkan susunya bukanlah sesuatu yang mudah.

Judit Juhasz, ketua pegawai veterinar Camelicious memberitahu bahawa mereka memerah susu 1,300 ekor lembu sebanyak dua kali sehari dan ia merupakan kerja yang berat yang melibatkan ramai pekerja.

Judit juga memberitahu bahawa unta adalah spesis yang berbeza daripada lembu, jadi mereka tidak mahu untuk menjadikan haiwan ini sebagai mesin susu kerana mereka memikirkan tentang jangka masa panjang.

"Kami mahu mempunyai jangka hayat pengeluaran yang panjang dengan unta-unta di ladang ini," kata Judit Juhasz

Selepas unta-unta, ia akan melalui prosedur kuarantin yang ketat dan diperiksa untuk pelbagai penyakit. Jika terdapat penyakit, unta tersebut akan dirawat dan kemudian ia mula dilatih untuk pemerahan susu.

proses memerah susu unta 2

Apa yang penting dalam proses ini adalah persekitaran yang tenang dan relaks perlu wujud ketika susu diperah untuk membolehan ia mengeluarkan susu.

Jadi, mereka terpaksa melatih unta-unta tersebut untuk mengeluarkan susu tanpa kehadiran anak-anak unta yang mana merupakan satu kerja rumit dan sangat intensif.

Malah, setiap unta adalah berbeza di mana bagi sesetengah unta, proses latihan mungkin mengambil masa dua atau tiga hari dan ada yang mencapai berminggu-minggu.

Selepas tempoh latihan ini tamat dan unta-unta mengeluarkan susu, susu yang diperolehi adalah jauh lebih sedikit berbanding dengan susu lembut.

Seekor lembu boleh mengeluarkan 50 liter susu setiap hari manakala unta pula hanya boleh menghasilkan 6 hingga 7 liter susu.

kos pengeluaran unta sangat mahal

Dalam masa tiga tahun, seekor lembu boleh menghasilkan sekitar 50,000 liter susu, jauh lebih tinggi berbanding seekor unta yang hanya boleh mengeluarkan maksimum 4,000 hingga 7,000 liter susu sahaja.

Tidak seperti industri tenusu di mana anak lembu jantan sering dibunuh dan dihapuskan, setiap unta perlu diletakkan berhampiran anak-anaknya untuk terus menghasilkan susu.

Ini bermakna jumlah unta yang perlu diberi makan dan dipastikan sentiasa sihat hanya untuk menghasilkan 7 liter susu sahaja setiap hari, yang mana meningkatkan kos pengeluaran.

"Susu unta sangat mahal. Malah, kos makanan unta juga agak mahal. Kami di Camelicious memberikan unta-unta kami makanan alfalfa dan jerami yang segar dan semula jadi, sebagai tambahan kepada gandum. Kami tidak berikan sebarang pati atau bahan tambahan makanan," kata Mutasher Al Badry.

Jadi, selepas kerja keras yang dilakukan dan kos pengeluaran yang tinggi, bagaimana rasa susu unta yang dikatakan lebih berkhasiat daripada susu lembu ini?

susu unta lebih mahal berbanding susu lembu

Menurut mereka yang pernah minum susu ini, susu unta mempunyai sedikit rasa yang berbeza daripada susu lembu. Ia dikatakan sedikit masin tetapi lebih berkrim.

Apabila populariti susu ini berkembang dan pembiakan selektif membawa kepada unta yang menghasilkan lebih banyak susu, harganya mungkin akan turun.

Namun buat masa ini, susu unta kekal sebagai susu mewah.

Rujukan:

1. Time

2. Qaran News

3. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)