Manny Pacquiao atau nama sebenarnya Emmanuel Dapidran Pacquiao, adalah peninju dunia juara, Senator Filipina dan salah seorang atlet dengan pendapatan tertinggi di dunia.

Membesar dalam kemiskinan, Pacquiao tidur di atas kotak kadbod dan sering terpaksa melepaskan peluang untuk ke sekolah bagi membantu ibunya memenuhi keperluan hidup.

Beliau juga dibesarkan dengan ajaran agama yang sangat kuat di mana ibunya mahukan Pacquiao menjadi seorang paderi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi apabila Pacquiao berjaya keluar daripada kemelut kemiskinan, beliau menjadikannya satu peluang untuk memberikan semula kepada masyarakat.

manny pacquiao ketika remaja

Pada tahun 2016, Pacquiao menggunakan wang beliau sendiri untuk membina 1,000 buah rumah bagi orang miskin di kampung halamannya. 

"Saya sangat gembira dapat memberi rumah ini secara percuma kepada penduduk kampung halaman saya di Wilayah Sarangani dari poket saya sendiri, di mana lebih daripada seribu keluarga menjadi penerima," tulisnya di Facebook.

Walaupun tewas dalam pertarungan 'Fight of the Century' tahun 2015 yang sangat dinanti-nantikan kepada Floyd Mayweather Jr., Pacquiao memperoleh lebih daripada RM630 juta untuk pertarungan itu dan menggunakan sebahagian besar daripada wang tersebut untuk membiayai pembinaan rumah-rumah tersebut.

Beliau juga telah menyokong pelaksanaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan dalam program antikemiskinan.

1 000 buah rumah dibina oleh manny pacquiao untuk penduduk miskin di kampungnya

(Kawasan perumahan untuk orang miskin yang dibina Manny Pacquiao)

manny pacquiao bina 1 000 rumah untuk orang filipina 72

Pacquiao juara tinju WBA

Malah, terdapat negeri kebajikan di Filipina yang dirujuk sebagai "Manny Pacquiao" kerana kerja amal yang telah dilakukan beliau.

Pada Mei 2018, dilaporkan bahawa selepas berbual dengan penjual ais krim di Filipina bernama Mang Marciano, Pacquiao mengetahui bahawa Marciano mengalami strok.

Melihatkan situasi itu, beliau memberikan sejumlah wang kepada lelakui itu, dan kemudiannya memberikannya pekerjaan dan rumah. 

Malangnya, perbuatan baik Pacquiao  telah dicemari oleh oleh pandangan anti-homoseksual beliau.

Pada Februari 2016, beliau mencetuskan kemarahan di Filipina dengan mengatakan bahawa orang yang berkahwin dengan sesama jenis adalah "lebih teruk daripada haiwan" dan menambah, "Pernahkah anda melihat haiwan mempunyai hubungan jantan dengan jantan atau betina dengan betina?". 

manny pacquiao mencetuskan kemarahan selepas membuat komen anti homoseksual

Selepas komen itu dibuat, Nike yang merupakan penaja Pacquiao selama 8 tahun telah menggugurkan beliau daripada perjanjian tajaan yang dibuat.

Sejurus selepas itu, Pacquiao memohon maaf, tetapi bukan untuk keseluruhan apa yang beliau katakan.

"Saya minta maaf kepada semua yang terluka di atas perbandingan saya di antara golongan homoseksual dengan haiwan, ia adalah kesilapan saya. Tolong maafkan saya bagi sesiapa yang terluka," - Manny Pacquiao

Pacquiao kemudian menambah bahawa permohonan maaf itu tidak mengubah pendirian saya terhadap perkahwinan sesama jenis kerana itu adalah kepercayannya, satu-satunya kesilapan yang dibuat adalah membandingkan golongan tersebut dengan haiwan.

Juga dilaporkan bahawa Pacquiao disiasat oleh kedua-dua pihak berkuasa cukai Filipina dan Amerika Syarikat untuk berjuta-juta cukai yang tidak dibayar, tetapi peguamnya membantah dakwaan ini dengan mendakwa bahawa beliau diminta membayar cukai berganda di A.S. dan Filipina.

senator filipina manny pacquiao

Walaupun selepas segala kebaikan yang dilakukan, peninju yang sudah bersara ini masih berada di bawah pemerhatian orang ramai di mana ramai yang telah menyatakan kebimbangan bahawa kerohanian Katolik Pacquiao telah beralih ke arah pendirian evangelis yang lebih sempit serta beliau telah menjadi tidak peduli terhadap perkara-perkara yang menyakitkan yang dikatakan dilakukannya.

Apa-apa pun, Manny Pacquiao adalah seorang wira yang sangat disanjung tinggi di Filipina dan menjadi salah satu contoh yang baik kepada masyarakat negara itu.

Rujukan:

1. Good News Network

2. CNN

3. Interesting

4. Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)