Kredit foto: Beautifulnara & Youtube NHR

Berjaya mempertahankan perkahwinan yang dibina sehingga berusia lapan tahun membawa isteri pelawak Johan, Ozlynn tampil memberikan tips kebahagiaan rumah tangganya.

Menurut Ozlynn, kepercayaan terhadap pasangan merupakan rahsia terbesar perkahwinan mereka sehingga tiada wanita yang berani membuat "kacau".

ini rupanya punca perkahwinan johan tiada gangguan orang ketiga 2

Kredit foto: Instagram Jozlynn

Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun... cubalah kalau berani! Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni. 

Dedah Ozlynn, suaminya itu juga adalah seorang yang gemarkan permainan video, justeru lebih banyak masa dihabiskan di rumah apabila tiada tuntutan kerja.

Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah. Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah.

Manakala Johan sendiri mempunyai jawapannya yang tersendiri apabila diminta mengulas mengenai hal berkenaan.

Johan menegaskan keluarga menjadi keutamaannya, selain daripada kekangan masa yang membataskan kehidupan sosialnya.

ini rupanya punca perkahwinan johan tiada gangguan orang ketiga 3

Kredit foto: Instagram Jozlynn

Saya bekerja untuk isteri dan anak-anak dan tiada masa hendak fikir perkara lain. Jika saya keluar tanpa isteri saya sentiasa ingatkan diri yang saya turut membawa maruahnya bersama. 

Menyentuh perkembangan kerjaya seni, Johan kini muncul dengan sebuah filem televisyen berjudul #TerobekRaya yang mula disiarkan di Astro First Eksklusif pada hari ini.

Merupakan terbitan syarikatnya bersama isteri, Johan melihat usahanya untuk membawa kelainan dalam filem berkenaan berjaya meskipun baru percubaan pertama.

Drama ini ada jalan cerita tetapi tiada skrip dan saya bertuah semua pelakon terlibat sangat berbakat besar dan berkebolehan dalam tampil dengan skrip dan improvasi sendiri. Semua babak juga hanya dilakukan sekali sahaja dan apa dipaparkan adalah asli dan bukannya dibuat-buat. Tetapi itulah keunikannya dan berharap penonton akan menyukainya.
Sumber berita: Mstar 



Hakcipta iluminasi.com (2017)