Oleh pada 13 Apr 2018 kategori

iluminasi.com ada berkongsi mengenai maksud dan pencipta bendera UMNO dalam artikel lalu memberikan pencerahan mengenai bendera itu. Dan kali ini, kami ingin kongsikan sejarah berkaitan maksud dan penciptaan bendera PAS pula.

Sebenarnya, bendera yang digunakan oleh parti PAS ketika ini berwarna hijau dan mempunyai bulan purnama di tengah-tengah bukan lah bendera rasmi parti ini seperti yang ada dalam rekod Registry of Societies (ROS). Bendera rasmi parti ini adalah seperti di bawah yang terdiri daripada 3 warna iaitu hijau, merah dan putih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bendera rasmi pas sejarah dan pencipta bendera pas

Mendapat kebenaran daripada ROS dan SPR, bendera PAS yang seperti mana anda ketahui pada hari ini dihasilkan hanyalah bagi tujuan pilihan raya. Menurut cerita Almarhum Ustaz Hassan yang menceritakan sejarah bendera putih hijau ini, ia dihasilkan dalam satu pilihanraya umum pada akhir tahun 1960an.

Ketika itu, seorang muslimat yang sudah berumur dari Sungai Besar telah mencadangkan kepada Ustaz Hassan supaya dihasilkan satu bendera yang mudah untuk dijahit oleh orang kampung.

sejarah dan pencipta bendera pas 2

Memandangkan bendera putih, hijau dan merah agak sukar untuk dihasilkan dengan jahitan pada ketika itu, juga mengandungi tiga warna berbeza, maka wanita tersebut kemudiannya mengambil satu tudung botol dan diletakkan di atas sekeping kertas.

Kemudian satu bulatan dilukiskan menggunakan tudung botol sebagai acuan dan dicadangkan agar bendera pas mempunyai bulatan berwarna putih berlatar belakangkan hijau atau hitam.

Melihatkan cadangan yang ringkas tetapi bernas itu, Almarhum Ustaz Hassan akhirnya bersetuju lalu bendera baru ini pun diperkenalkan kepada orang awam.

Kelebihan bendera PAS

Bulatan tersebut bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan yang menggambarkan bulan purnama. Dan jika bendera dialihkan atau dipusingkan ke arah mana sekalipun, bulan purnama ini tetap akan berada di tengah dan rupa bentuknya tetap sama. Jadi tidak akan ada isu bendera terbalik untuk logo dan bendera PAS ini.

Bendera PAS amat selaras dengan seruan agama Islam iaitu bersederhana. Logo yang amat sederhana ini memudahkan penyokong dan ahli mereka dengan mudah menghasilkan bendera mereka sendiri tanpa perlu menempah di kedai jahit. Ditambah pula dengan warna latar berwarna hijau yang melambangkan Islam.

kepiah pas

Selain bendera, aksesori lain juga mudah dihasilkan kepada peminat, penyokong dan ahli parti politik Islam ini. Pendapat penulis, logo PAS ini memang sangat bertepatan dengan tema dan perjalanan politik parti PAS.

Hoax sekitar isu bendera PAS

Ada yang mengatakan bendera pas meniru bendera negara Jepun dan Bangladesh. Sebenarnya dakwaan ini adalah salah. Bendera PAS (hijau putih) sudah wujud sekitar tahun 1950an. Manakala bendera Jepun dan Bangladesh masing-masing adalah sekitar 1999 dan 1972.

bendera bangladesh pas

bendera jepun pas 347




Hakcipta iluminasi.com (2017)