Pada Oktober 2006, seorang warga Jepun berusia 59 tahun, Akira Haraguchi telah mencipta rekod dunia yang membuatkan nama beliau tersenarai dalam buku Rekod Dunia Guinness.

Apa yang dilakukan beliau adalah membacakan nombor perpuluhan pi (π) sebanyak 83,431 digit. Rekod itu dilakukan selama 16 jam bermula pukul 9 pagi sehingga pujul 1.28 pagi keesokan harinya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

memori fotografi

Pasti anda berfikiran bahawa beliau mempunyai ingatan fotografi, kan? Menurut bukti yang ada, adalah mustahil untuk mengingati semula imej dengan ketepatan yang hampir sempurna.

Tetapi bagi sesetengah orang, mereka mempunyai ingatan yang sangat luar biasa. Bagi jaguh catur, mereka boleh menewaskan beberapa orang lawan dengan mata tertutup.

Ada orang yang mampu menghafal susunan dek kad hanya dalam masa seminit. Namun, individu yang mempunyai ingatan Herculean mahir dalam tugasan yang lebih hebat.

Alan Searleman, seorang profesor psikologi di St. Lawrence University di New York, mengatakan pengimejan eidetik hampir-hampir menjadi ingatan fotografi.

sheldon cooper eidetic memory

Apabila ditunjukkan imej yang tidak dikenali selama 30 saat, individu dengan ingatan "eidetik" dapat menerangkan imej tersebut dengan jelas. Sebagai contoh, berapa banyak kelopak pada bunga di taman.

Mereka melaporkan "melihat" imej itu dan mata mereka seolah-olah mengimbas imej ketika mereka menghuraikannya apa yang ada dalam gambar.

Kadang-kala, sudah tentu berlaku kesilapan dalam laporan mereka dan ketepatan dalam mengingati imej tersebut memudar selepas hanya beberapa minit.

"Jika mereka benar-benar mempunyai ingatan 'fotografi' secara semulajadi, mereka tidak akan melakukan sebarang kesalahan," kata Alan Searleman.

stephen wiltshire memori fotografi

(Stephen Wiltshire, lelaki autistik yang mampu melukis bandar dengan hanya sekali pandang)

Walaupun manusia boleh memperhebatkan ingatan mereka melalui latihan dan trik, namun mereka dengan memori eidetik dilahirkan secara semulajadi.

Keupayaan ini tidak mempunyai kaitan dengan ciri-ciri lain seperti kecerdasan yang tinggi.

Kanak-kanak lebih cenderung mempunyai ingatan eidetik berbanding orang dewasa, namun mereka mula kehilangan keupayaan ini selepas usia 6 tahun kerana mereka belajar untuk memproses maklumat lebih abstrak.

Walaupun ahli psikologi tidak tahu mengapa kanak-kanak kehilangan keupayaan ini, kehilangan kemahiran ini mungkin sesuatu yang baik. Ini kerana jika manusia mengingati setiap imej, maka amat sukar untuk melalui kehidupan seharian. 

Rujukan:

1. Psychology Today

2. Betterhelp

3. Scientific American




Hakcipta iluminasi.com (2017)