Oleh pada 09 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

     

I Can See Your Voice Malaysia musim keenam (ICSYVM6) adalah sebuah program hiburan berkonsep muzik misteri yang diadaptasi dari program asal di Korea Selatan. Musim terbaharu rancangan pilihan utama untuk hiburan keluarga di Malaysia ini terdiri daripada 11 episod.

     

i can see your voice

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

     

Ia ditayangkan setiap hari Ahad jam 9 malam, bermula pada 4 Jun 2023 di saluran TV3.

Rancangan ini juga menjadi pembuka tirai sambutan ulang tahun ke-39 TV3.

     

Ujibakat

Semenjak diperkenalkan, sesi ujibakat ICSYVMY untuk setiap musim telah menerima sambutan yang luar biasa berikutan fenomena yang dicipta oleh rancangan tersebut. Musim ini tidak terkecuali, dengan sesi uji bakat yang berlangsung selama tiga hari di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya mulai 17 Mac 2023 yang telah menarik lebih daripada 700 penyertaan dari orang ramai.

       

Format Program

Masih mengikut format yang sama seperti musim-musim sebelumnya, di mana mereka mencari penyanyi sebenar di kalangan penyamar. Namun, musim ini dianggap lebih mencabar, gamat dan mencuri perhatian.

ICSYVMY 6 membawa empat pusingan untuk artis jemputan mengenal pasti dan menyingkirkan penyamar yang bersuara sumbang dalam tiga pusingan awal. Jika penyamar berjaya melangkah ke pusingan akhir, dia berpeluang untuk memenangi hadiah.

Seramai 66 peserta akan bersaing dalam kesemua 11 episod, dengan setiap episod menampilkan enam peserta.

         

i can see your voice malaysia musim 6

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Pengacara

Pengacaraan ICSYVMY6 menjadi lebih meriah dengan kehadiran pasangan hos, Izzue Islam dan Shiha Zikir, yang memiliki bakat serba boleh sebagai pelakon dan penyanyi. Mereka dijangka memberikan semarak kepada pentas program ini.

      

Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang

Pada musim terdahulu, rancangan ini mempunyai tiga ahli panel penyiasat tetap. Tetapi, kali ini satu lagi ahli panel dimasukkan untuk menambah kehangatan di dalam studio. Keistimewaan barisan panel penyiasat tetap ini adalah kehadiran artis dengan karakter yang berbeza, memberikan impak yang signifikan kepada perjalanan program.

Mereka yang dimaksudkan iaitu Jihan Muse, Khir Rahman, Baby Shima dan Ropie akan memperlihatkan keletah dan pelbagai ragam yang menghiburkan.

Seperti yang diketahui, program ini memerlukan kesepakatan untuk mengenal pasti dan membuat keputusan tentang siapa penyamar di kalangan peserta. Oleh itu, pada setiap episod, panel penyiasat tetap akan diberikan bantuan oleh penyiasat undangan yang berbeza.

Antara penyiasat undangan yang juga merupakan selebriti terkenal yang akan menambah seronoknya program ini adalah Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi.

        

i can see your voice malaysia 2023

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Senarai Penyanyi / Artis Jemputan

Episod / Minggu 1 - Siti Saida, Siti Sairah

Episod / Minggu 2 - Aisha Retno

Episod / Minggu 3 - Aepul Roza

Episod / Minggu 4 - Liza Hanim

Episod / Minggu 5 - Aizat Amdan

Episod / Minggu 6 - Kugiran Masdo

Episod / Minggu 7 - Wani Kayrie

Episod / Minggu 8 - Zaki Yamani, Yamani Abdillah

Episod / Minggu 9 - Kmy Kmo, Luca Sickta

Episod / Minggu 10 - Insomniacks

Episod / Minggu 11 - Lan Solo

              

Senarai Penyiasat Jemputan

Episod / Minggu 1 - Nadia Brian, Jiggy Masin

Episod / Minggu 2 - Bell Ngasri, Maryam Younarae (Duriankimchi)

Episod / Minggu 3 - Roy Azman, Mek Yun

Episod / Minggu 4 - Cik B, Yusof Hashim (Ucop)

Episod / Minggu 5 - Ryan Bakery, Joey Daud

Episod / Minggu 6 - Che Puan Sarimah Ibrahim, Amerul Affendi

Episod / Minggu 7 - Namie Smy (Kumpulan Ubi) & Nadiya Nisaa

Episod / Minggu 8 - Sweet Qismina, Waris

Episod / Minggu 9 - Bunga Isme, Norreen Iman

Episod / Minggu 10 - Didie Alias, Fizi Ali, Roy Azman

Episod / Minggu 11 - Indah Ruhaila, Daniel Fong

                

Baca: Biodata Maryam You Narae, Wanita Korea Isteri Ryzal Ibrahim

        

i can see your voice malaysia season 6

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Hadiah

Jika peserta yang berjaya melangkah ke pusingan akhir merupakan seorang 'penyamar', dia berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. Pemenang setiap episod juga akan menerima ganjaran berupa bekalan produk Cadbury selama setahun. Bagi penyanyi sebenar, dia berpeluang untuk merakamkan single bersama penyanyi popular.

        

Penaja

Digi dan CelcomDigi hadir sebagai penaja utama dalam musim ke-6 ICSYVMY, dengan sokongan dari Nivea sebagai penaja bersama. Turut menyertai sebagai rakan penaja adalah Cadbury Dairy Milk dan OPPO.

        

pengacara i can see your voice malaysia 795

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

          

Waktu Tayangan

ICSYVMY 6 memulakan tayangan pada 4 Jun 2023, setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran TV3, dengan 11 episod yang dijadualkan untuk bersiaran. Untuk pilihan menonton secara langsung dalam talian (online) dengan definisi tinggi, anda boleh mengakses laman aplikasi Tonton yang terdapat di Google Play atau App Store.

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)